CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, May 29, 2013

Irdina 5 bulan dah..

Pejam celik pejam celik, 5 bulan dah usia puteri permata hati Ummi Abah. Lama sangat Ummi tak bercerita pasal Irdina kan.

Alhamdulillah, Irdina sekarang dan pandai meniarap walaupun agak lambat sedikit. Dan dah pun boleh pusing-pusing 360 darjah sambil niarap tu. Irdina dah boring asyik baring je kan..Nak tengok dunia sekeliling pulak..hehe..

Nampak gayanya mulut Irdina lebih bising daripada abangnya. Fateh dulu senyap je tau..Mulut je senyum senyum, suara langsung tak keluar. Kalau Irdina... Tak henti-henti pot pet pot pet nya. Nak bercerita sangat dah.

Kalau hisap jari, mesti nak hisap jari telunjuk. Taknak ibu jari, tak best. Hihi. Tidur malam masih lagi nak kena ada Ummi kat sebelah. Ummi agak tak berpeluang jugalah nak berjaga baking malam-malam. Kalau terpaksa pun kena bergilir tengok kek dan Irdina. Jadinya lambat sikitlah siap.

Kalau keluar gi mana-mana..halaqah ke..ikut Abah gi kedai ke..feveret Irdina ialah menarik purdah Ummi. Huhu. Geram ngan Irdina tau. Gigit pipi tu baru tahu.

Semalam pergi check up kat klinik. Berat Irdina sekarang 6kg. Kenaikan berat badan dah kurang sebab Irdina dah mula aktif bergerak dan dah mula meninggi kata nurse. Perkembangan lain semuanya positif alhamdulillah. Dah boleh cari dari arah mana datangnya bunyi-bunyian, dah pandai capai dan genggam barang yang menarik perhatian. 

Alhamdulillah.

Lagi satu, Irdina suka menjerit dengan suara yg saaangat KUAT. Huhuhu. Kalah abang Fateh. Kalau Ummi nak masak kat dapur, Irdina takkan mahu ditinggalkan kat depan. Kalau ada pun, jarang sekali lah. Mesti Ummi kena letak dia dalam stroller, bawak gi dapur. Kadang-kadang bagi tengok pokok-pokok kat luar. Kadang-kadang biar je dia bising sorang sorang sampai tertidur. Hihihi.

Bertuah anak Ummi. Semua suka berkampung kat dapur. Kalau dapur seluas alam macam dapur rumah Opah takpe jugak. :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: