CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 6, 2012

Lagu Tema Platun Badar - mengimbau kenangan zaman sekolah dulu...

Badar menjadi saksi,
Perjuangan para muslimin,
Pertolongan Rabbul 'Alamin,
Putih suci para malaikat,
Kami lah pewaris rela berkorban.

Iman yang teguh berserah pada Allah,
Akhlak yang mulia jadi hiasan diri,
Sabar dan tekun dalam perjuangan,
Kuat iltizam berkeyakinan.

Actually ni lagu rumah sukan masa Ummi sekolah menengah dulu. Ada 5 rumah sukan yang kesemuanya terdiri dari nama-nama perang. Lagu ni tercipta daripada sebuah pertandingan. Masa tu kami diminta untuk mereka cipta lagu untuk rumah sukan masing2. Dan lagu ni akan dilaungkan setiap kali kami diarah berkumpul bagi melakukan satu-satu aktiviti.

Memang seronok. Semua rumah sukan menyanyi dengan penuh semangat. Kadang-kadang bila kumpulan lain menyanyi, kami yang group lain ni akan tumpang menyanyi sama. Penuh ukhuwwah. Manis untuk dikenang :)

No comments: