CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, April 16, 2011

Fateh 3 Bulan dah...

Alhamdulillah... Anak soleh Ummi Abah ni dah bertambah besar dan sihat. Dari hari ke hari Ummi tengok dah banyak benda yang Fateh pandai buat dan pelajari.

Sekarang ni Fateh dah pandai meniarap. Agak lama jugak la dia boleh angkat kepala. Bila dah penat, mula la nangis2 mintak Ummi angkat atau pusingkan badan dia. Tapi kadang-kadang dia pandai pusingkan badan sendiri. Tambah-tambah kalau tengah menangis. Cepat je dia kalih badan. Risau jugak Ummi. So kalau nak letak Fateh kat atas katil, Ummi akan letak Fateh kat tengah-tengah katil. Kalau letak kat tepi pun, Ummi akan letak bantal besar sebagai penghadang.

Yang pastinya, Ummi takkan tinggalkan Fateh sorang2 dalam keadaan meniarap.


  • Fateh dah pandai nak main-main dan sembang dengan Abah. Baru-baru ni Abah main dengan Fateh dekat kedai. Tengah main2 tu Abah tengok Fateh asyik masukkan tangan kanan dia kat dalam mulut. Abah pun heran la..Fateh ni kenapa? Macam cuba nak makan sesuatu je dari tangan dia. Bila Abah cek, tengok2....Laaaa janggut Abah rupanya..Fateh tarik masa Abah dekatkan muka Abah dengan muka Fateh. Pannnndaiii Fateh ni..Pastu siap nk makan lagi janggut yang sehelai tu. Ingat bihun kot..hehe...

  • Ummi nampak Fateh ni macam dah pandai nak bermanja dengan Ummi je tau. Sebabnya..kalau Ummi tidurkan Fateh, pastu Ummi tinggal dia sorang2 dalam bilik kan, bila dia terjaga tu dia nangis sikit2 je. Tapi kalau dia ternampak Ummi datang jenguk sekejap pastu Ummi pegi semula, terus je dia nangis kuat2 dengan tangisan yang sangat menyayat hati Ummi. Siap dengan muka cebiknya.. Tak sanggup Ummi nak biarkan dia. Mesti automatik Ummi gi ambik dia, pastu Ummi peluk dan cium2 pipi anak manja Ummi ni. Huhuhu..
  • Sekarang Fateh dah ada hobi baru. Senyum sambil jelir lidah. Hehehe...cute sangat! Suka Ummi tengok.. Mana dia belajar senyum camtu pun tak tau la. Ummi ngan Abah tak pernah pun senyum camtu kat dia...
Camni la Fateh senyum sekarang..Yang ni dia senyum bukak mulut. Kadang-kadang dia senyum tutup mulut, tapi lidah still terkeluar. Lagi sweet. Tapi Ummi tak dapat nak snap lagi senyuman yang tu... hehe...


Gambar ni Ummi ambik baru-baru ni. Fateh tidur tutup muka, hehe.. Sebelum ni tak pernah pun dia tidur camni. Sebenarnya Ummi tak ajar pun Fateh guna buai. Cuma ada la sekali dua Ummi bagi dia tidur dalam buai. Tu pun sebab terpaksa. Ummi nak buat kerja, tapi Fateh taknak tidur. Letak dalam buai sekejap je dia dah lena. Lepas tu boleh la Ummi settlekan kerja2 Ummi.
*Masa ni Ummi tidurkan dia guna buai sebab Ummi nak melipat kain baju.


2 comments:

AshAnas said...

dah besar dah fateh... lama xjumpa kan... tunggu cik shira habis pantang, kt jumpa na...

~EcahAbu~ said...

k.shira blm brsalin lg kn? hehe.. Fateh x sabar nk jumpa kawan baru..