CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, October 10, 2013

Dialog Abang Fateh #3

Abang Fateh ni kan.. Kalau bercakap mesti akan buat Ummi tergelak. Dialog dia lucu tau..hihihi

Siang tadi tengah Ummi dok melayan adik Ina tetiba abang Fateh cakap dia nak kencing. Ummi tanya la..nak kencing ke nak berak? Sebab Fateh ni kadang2 dia confuse. Kencing dikatanya berak. Berak dikatanya kencing..

Fateh: Nak kencing je.. Taknak berak.
Ummi: Ok..kalau nak kencing masuk tandas sini.
Fateh: Kalau nak berak..masuk tandas..lepastu keluarkan taik..kan Ummi kan..

Hahahaha. Takleh tahan betul ayat Fateh..

(Nota:Nak berak kena masuk tandas yg dalam bilik sebab yg tu tandas cangkung. Kalau yg kat luar ni tandas duduk. Fateh tak pandai guna.)

image

Inilah dia.. Budak yg selalu mencuit hati Ummi. Sekarang dah tak pakai pampers. Nanti Ummi cerita macamana proses potty training Fateh. :)

Tuesday, October 8, 2013

Dialog Abang Fateh #2

Semalam dalam Ummi dok sibuk2 kat dapur Fateh datang bawak buah pear. Fateh mintak Ummi pisaukan (potong) buah tu sebab dia nak makan. Pastu siap pi cakap kat adik Ina,

"Adik Ina tak boleh tau..adik Ina kecik lagi..belum ada gigi. Bahaya nanti cekik"

Cakap betul2 depan muka Irdina. Yang Irdina lak no respon.. Tercegat je dok tengok abang dia.

Fateh: Ummi...adik Ina tak faham la...

Pastu pi balik kat depan Irdina cakap "Tumbuk kangg adik Ina.."

Hahaha lawak tol Fateh ni. Adik tak faham dia nak gi tumbuk pulak. Sib baik cakap je..tak buat betul2..

Garang kan abang Fateh. Hihi. Tapi sebenarnya dia abang yang sangat penyayang dan prihatin.. Ada sekali tu masa kat pejabat Abah. Kat atas lantai ada banyak biskut berterabur lebih Fateh makan. Masa tu Ummi tengah bercakap dengan Abah.

Tetiba Fateh nampak Irdina dok kutip biskut2 tu. Terus je dia gi kaut biskut2 tu dengan tangan..pastu gi buang dalam bakul sampah. Prihatin sungguh anak soleh Ummi. :)

image

Peluk erat adik dia.. Dua-dua tak mandi pagi lagi terus ikut Ummi gi beli barang2 baking..

image

Suap adik Ina makan roti.. Ummi ngan Abah sentiasa pesan kat dia, "Suap kecik2 je tau.. Adik Ina belum pandai kunyah macam abang Fateh lagi.."

Friday, October 4, 2013

Irdina

Semalam tengah dok layan2 Fateh tetiba dengar Irdina jerit2 dari dalam playpen. Pastu Fateh cakap "Ummi..Ummi..tengok tu adik Ina panjatt"

image

Terkejut tengok ehh anak Ummi dah tinggi la...

image

Sekali pi jenguk tengok lorr dia panjat bantal rupanya..haha anak bertuah!

Thursday, October 3, 2013

Irdina - Selangkah lagi ke depan

Alhamdulillah.. Dengan penuh rasa syukurnya Ummi nak bagitau.. IRDINA DAH PANDAI MEMUNGGAH.

Setakat ni Irdina dah berjaya memunggah rak pakaian, almari buku, dan kotak mainan Abang Fateh..

Sementara nak mandi pun sempat lagi. Bukak laci ngan pintu almari belum pandai. Tunggu sikit lagi ye Ummi.. Irdina tengah explore lagi ni..

Dok dalam stroller pun dah macam2 gaya sekarang. Kejap kang meniarap.. Kejap kang duduk kaki lipat ke belakang pulak.. Pastu kang pandai pulak dia berpaut kat tepi stroller tu pastu berdiri terbongkok-bongkok..Kemain lagi advance kamu ye..

Thursday, September 26, 2013

Irdina 8 bulan - entry tertangguh

Masa entry ni ditulis, Irdina lagi seminggu je nak masuk 9 bulan. Ummi cuba catatkan apa perkembangan Irdina setakat ni ye..

1. Gigi dah tumbuh sebatang. Gigi depan belah bawah.

2. Dah mula nak meniti. Asal dapat je tempat berpaut mesti nak bangun berdiri. Kalau berpaut kat Ummi kadang-kadang berdiri.. Kadang-kadang duduk je..sambil main something. Kadang saja-saja je duduk kat Ummi. Nak bermanja mungkin :)

3. Dah pandai nak main dan bergurau dengan abang Fateh. Kalau abang Fateh tengah tido..sukaaa sangat gi tarik2 rambut abang. Pastu dah pandai gelak2 bila abang Fateh main atau berlawak dengan dia.

4. Tak boleh nampak Ummi. Mesti nak nangis2 suruh ambik walaupun sebelum tu elok je diam hapah idak.

5. Kuat makan. Suap la apa pun..mesti akan makan banyak. Ummi jadi syiok nak bagi dia makan. Mungkin sebab fully breastfeed kot.. Abang Fateh dulu cukup bermasalah kalau bab makan nih. Sekarang ni je alhamdulillah dah ok. Makan banyak sungguh.. Tak cukup makan ngan Ummi, pi mintak makan kat Abah pulak! Hehehe..

6. Dah pandai jerit2 panggil Ummi dari dalam playpen.. Kalau nampak Ummi lagi menjadi-jadi la dia. Ohh anak dara Ummi..

Update 16/9/13:
Irdina dah pandai merangkak! :) :) :)

20/9/13:
Gigi dah ada 2 batang. Makan pun kemain lagi. Ummi dah bagi makan bubur kenyang2 pun nak mintak makan lagi masa Ummi ngan Abah makan. Mengalahkan orang tak makan seharian. Hihi. So kalau ada ikan Ummi akan suap ikan kat Irdina. Lagipun bubur dia cuma ada nasi ngan sayur je. Eloklah bagi makan ikan pulak. Makannye pulak kemain lagi pandainya mengunyah dah macam orang dewasa. Si cerdik lagi solehah.. Aminnn.

Dah pandai memanjat weh anak dara Ummi. Haritu abah lunjur kaki kat tepi meja jepun kami. Tempat santai2 selalu.. Pastu yang Irdina ni memang suka beno la berdiriii je lama2 kat meja tu. Sekali tu dia gi panjat kaki Abah pastu terus naik atas meja. Advance sungguh.. Berdiri pun berpaut lagi. Ada hati nak memanjat. Huhuhu.

Dialog Abang Fateh

Fateh sekarang kalau nampak benda2 yg dia rasa hebat dan mengkagumkan mesti dia akan cakap uuuiiiii dasatnyee..

Ada sekali tu kakak Liya yg kerja kat kedai Abah tolong lukis gambar lori utk Fateh. Memang cantiklah gambarnya. Fateh pun macam dok terkagum-kagum tengok tak berkedip mata dan tak berganjak walau seinci pun dari tempat dia meniarap.

Pastu Ummi saje lah tanya dia..
U: Fateh..dahsyat ke..??
F: Tak dahsyat puunnnnn

Hahaha gelak besar kakak Liya dengar dia cakap camtu. Terus taknak lukis dah..buat2 merajuk. Haha..

Tuesday, September 24, 2013

Haii lah nasib badan..terkena lagi...

Hari tu Abah gi mancing laut. Awal pagi lagi dah bangun siapkan barang2. Bertolak dari rumah pukul 5 pagi kalau tak silap. Mamai pulak nengok jam masa tu.. Tinggal la Ummi ngan anak-anak je kat rumah. Kami main sama2, baca Iqra' sama2, makan sama2, tido sama2.. Hmm jarang berlaku nih Ummi tido siang.

Dah petang sikit baru terfikir eh tak bertanya khabar Abah langsung. Entah ok entah tidak. Baik call. Kang jadi pape menyesal pulak. Na'uzubillah.. Mintak dijauhkan..

Call sekali. Tak angkat.
Call berkali-kali. Pun tak angkat jugak.
Hati dah mula risau.. Tapi takpe. Think positif. Mungkin tengah sibuk menarik ikan kot..
Petang sikit lagi kang call semula. Berkali-kali. Pun tak angkat! Mula dah rasa cuak nih.. Call kawan Abah yg gi sekali tu. Tak angkat jugak. Call pulak tekongnye. Entah ye entah tidak deme gi ngan tekong tu. Main call je. Tapi tak angkat jugak. Huhuhuuu janganlah ada apa2 yg terjadi. Risaunya Tuhan saja yg tahu..

Menjelang asar tu masih juga tak dapat hubungi diorang. Sambil dok siapkan awas2 nak masak kat dapur sambil dok fikir nak call lagi ke tak..nak call lagi ke tak..

Last2 call Paklong Issam. Abah cakap dia tak pegi. Paklong angkat je phone terus Ummi tanya,

U: Abang Issam.. Selalu time2 camni diorang kat laut lagi ke dah naik ke darat?
PL: emmm selalunya kat laut lagi ni..kenapa?
U: Call abu dia tak angkat la.. Banyak kali call tak angkat2. Call Azmi pun tak angkat..tekong Mail tu pun tak angkat.. Risau jugak..
PL: Oooo... Azmi tu dah tukar nombor kot...

Tetiba Ummi macam terperasan..eh ni macam bunyi kat atas bot je.. Mula la konfius ehh ni Abah ke Paklong?? Awat macam suara Abah.. Sebab dia bercakap suara kuat. So Ummi tak berapa nak cam sangat.

Pastu Ummi diamm je. Nak panggil Abah kang takut kot2 yg tu memang betul2 Paklong. Yang suara kat talian dok helooo..helooo..helooo..

Tetiba Ummi dapat idea. Terus hulur henpon kat Fateh bagi dia cakap. Ummi buat loudspeak dari mula call lagi. Nak tengok la kot Fateh cam yang tu suara sape kan..

Teruss je Fateh panggil "Abah..Abah..."

Arrgghhhhh terkena Ummi! Dari tadi Ummi dok cakap ngan Abah rupanya. Eee geram geram. Abah punya la gelak besar.. Choiiii

Walau ape pun bersyukur sangat2 sebab Abah ok ok je. Takde pape yg perlu dirisaukan. Lepas tu terus masak sambil tersenyum senyum sensorang kat dapur. Senyum sampai tak muat telinga.

Wednesday, September 11, 2013

Gigi pertama Irdina

Sekarang ni macam tak berapa sempat la nak menulis panjang-panjang. Tulis seringkas mungkin jelah. Asalkan ada rujukan Ummi di masa akan datang. :)

Gigi pertama Irdina dah tumbuh masa kami pergi Matri tempoh hari. Hari pertama sampai tu..tengah dok setting2 gerai..tetiba Ummi terasa tajam dalam mulut Irdina. Try tengok rupa-rupanya gigi depan belah bawah dah tumbuh satu.

Ummi menang..hihi.. Dok lawan ngan Abah sape dulu dapat rasa atau tengok perkembangan anak. Kali ni Ummi menang :p

29/8/2013
Khamis
Irdina 8 bulan


Gigi adik ina belum pasang...

Fateh kalau makan apa-apa..suka pegi suap kat Irdina. Risau Ummi.. Kalau Ummi nampak, alhamdulillah.. Tapi kalau tak nampak, itu yang risaunya..

Ummi selalu ingatkan Fateh, "tak boleh suap adik tau... Sebab adik belum ada gigi. Adik tak pandai lagi kunyah makanan macam Fateh.."
Selalu sangat Ummi ulang-ulang supaya Fateh ingat.

Suatu hari tu..
Fateh tengah makan kueh raya. Tiba-tiba dia cakap,
"Tak boleh suap adik ina.. Adik ina takde gigi.. Gigi adik ina belum pasang lagi..."

-_-"

Saturday, August 24, 2013

Hari merabak sedunia

Hari ni serba tak kena dibuatnya. Layan adik kang..abang merabak. Layan abang kang..adik pulak merabak. Letih mental dan fizikal.. Huhu. Nak mandikan abang tadi terpaksa gak biarkan adik merabak dalam playpen. Pastu yg abangnye tengah mandi pun itu tak kena ini tak kena. Nak nangiss je.

U: Tak usah la menangis.. Fateh jangan kememey boleh tak..
F: Bukan memey...
U: Ohh bukan ye? Habis tu ape..?
F: Upin Ipin laaa...
U: -_-"

*Merabak = menangis/meraung
*Kememey = kuat nangis

Friday, August 23, 2013

Birthday Ummi

Hampir penghujung bulan ogos dah baru nak cerita. Hihi.. Birthday Ummi pada 10/8 haritu. Lama dah.. Tapi tahun ni dapat hadiah awal. Sebabnya..henpon rosak.

Masa tu pertengahan ramadhan. Ummi tengah berwassap dengan customer nak amik order. Pastu berenti kejap sebab nak tolong Mak sedara Abah lipat baju. Letak henpon kat sebelah. Tetiba lepas melipat baju, amik semula hp tengok2 aikk kenapa semua dah tak function ni.. Touch semua benda dah tak berfungsi. Bunyi ada. Bertalu-talu wassap masuk.

Lepastu ingat mungkin hang kot.. Cuba restart kan hp tu. Tak mau jugak.. Dah cuba restart banyak kali pun masih tak function. Sangat sedih.. Seminggu gak la Ummi tak pakai hp. Sepanjang tempoh tu dok stresss je fikir order customer yg tak sempat diambil detailnya. Sepanjang seminggu tu jugaklah Ummi tak dapat nak online..

Suatu hari tu.. Ummi tak ikut Abah gi kedai. Petangnya gi duduk kat rumah Opah. Tolong2 masak utk berbuka. Tiba-tiba bila Abah balik dari kedai, abah bagi 1 bungkusan berbalut cantik kat Ummi. Cantik sangat2.. Siap ada riben warna pink..

Bila Ummi buka tengok2 kotak ni yg muncul. Masa tu dalam hati dah rasa excited. Betul ke ni.. Betul ke ni.. Janganlaaa kat dalamnye isi mende lain. Huh..

Sekali bila buka je kotak... Terus senyum lebar sampai telinga. Betul hp rupanya :))

Alhamdulillah...
Rezeki Allah bagi.. Dapat juga merasa pakai hp skrin beso. Selama ni terliur nengok orang punya je.

Terima kasih suamiku atas hadiah yg amat bermakna ni.. Moga Allah murahkan lagi rezeki kita sekeluarga. Aminnn.

My husband,
I love you because of Allah.
I love you till Jannah.
InsyaAllah :)

Friday, August 2, 2013

Port baru Fateh

Semua sedia maklum kan, budak-budak memang cukup suka sepahkan barang, atau dengan kata lainnya tolong Umminya, ibunya, maknye mengemas rumah. Kemas sangat-sangat. Tambah-tambah kalau yg rajin tu..habis yg dalam lemari pun semua dipunggahnya. Oho..

Jadi...
Untuk mengelakkan daripada rumah bersepah, Ummi mintak Abah pasang khemah yg Abah dok bawak gi camping. Pastu bentang comforter dalam tu, dan letak segala barang mainan Fateh kat dalamnya.

Ni lah port baru Fateh. Ilham daripada kawan Ummi. Nak sepah-sepah mainan dalam ni boleh..hehe..

Irdina pun suka main kat dalam tu. Pantang lepa sikit je..tengok2 dah separuh badannya masuk dalam khemah. Ummi angkat bawak keluar kang dia mengesot masuk dalam balik.

Mainan kecik2 semua Ummi dah asing siap2 dan letak kat luar kalau Irdina nak main kat dalam. Bahaya sebab apa benda dia dapat sekarang semua nak bawak masuk mulut.

Tujuan bukak khemah ni jugak sebenarnya sebab nak bagi Fateh ralit main kat dalam. Nanti takde la dia mengojekan adiknya je dari celik mata sampai la nak pejam balik malam kang..

Setakat ni hari pertama je yg berjaya. Hari berikutnya dah start ngan rutin biasa semula. Huhu..

Tuesday, July 30, 2013

Teman Ummi masak

Setiap hari pun kalau Ummi masak mesti anak-anak akan join duduk kat dapur. Kadang-kadang aman je Ummi nak masak. Fateh rajin tolong kupas bawang. Irdina pulak elok je diam, duduk dalam stroller sambil tengok pokok-pokok kat luar.

Kadang-kadang kecoh sebab Fateh dok kacau Irdina. Irdina pun nangis-nangislah nak suruh Ummi angkat. Ummi pulak tengah kalut nak potong itu ini, nak menumis merebus bagai. Cemane nak angkat kamu Irdina..


Kelmarin Irdina sorang je temankan Ummi. Abang Fateh tengok Abah packing barang-barang kat depan. Abah nak gi mancing kat laut. Ummi tak kisah je sebab port yg Abah nak pegi ni ada banyak ikan yg Ummi suka. Hehe..


Ini dia hasil masakan.. Daging goreng special. Dimasak dengan penuh kasih sayang. Hehehe.. Lauk ni utk Abah makan masa berbuka dan sahur esok paginya. Ummi pun makan lauk ni jugak.. Sob sob sedih je berbuka sorang-sorang..


Setelah kepulangan Abah tengahari semalam, inilah hasilnya... Ikan Talang fresh! Sedappp sangat ikan ni tau. Isinya lembut dan manis betul. Buat kari sedap, asam pedas sedap, masak lomak pun sodap. Eheh. Separuh daripada ikan ni dah selamat dibuat kari utk berbuka semalam. Alhamdulillah...

Saturday, July 27, 2013

Pecah mulut - Fateh

Fateh ni nak kata terlampau lasak pun tak juga. Kadang dia ikut orang melasak, kadang tak. Tapi kalau dan melasak tu..usah ditegur la. Memang tak lakunya.. Bebudak.. Biasalah kan, hehe..

Kelmarin kami gi buka puasa kat rumah mak. Masa nak solat terawih, Fateh and the gang dok main lompat-lompat dari atas katil ke bawah. Kami berjemaah dalam bilik Opah sebab Opah tak berapa larat. Solat dalam bilik supaya Opah selesa.. Dekat ngan toilet, dekat ngan katil..

Tengah lompat bergilir-gilir tu entah macamana, muka Fateh mendarat betul-betul kat belakang kepala Cu Amadnya. Fateh menangis beriya sambil pegang muka. Masa dia datang kat Ummi, tengok-tengok dalam mulutnya dah penuh ngan darah.. Sampai meleleh-leleh kena kat baju. Allah... Takut Ummi nengoknya.

Cepat-cepat Abah bawak Fateh masuk toilet, suruh dia kumur-kumur.


Bengkak dah mulut. Tu pun lepas kumur terus sambung main balik.


Besar gak pecah. Ngeri Ummi tengok. Tapi dia relaks je.. Bila Ummi tanya mulut sakit tak, dia jawab "takde apa-apa lah.." Hebat anak Ummi. Hehe.. Makan pun ok je. Cuma taknak gosok gigi je. Mungkin pedih bila terkena berus gigi tu sebab luka beso..

Thursday, July 18, 2013

Resepi Nasi Arab

**SB = sudu besar. Guna sudu sukatan, bukan sudu yg kita dok guna utk makan.
**sk = sudu kecil.
**sm = sudu makan.

Utk nasi:-
5 cawan Beras (2kg beras basmathi extra long = 12 cawan dadih)
Seekor ayam (belah 4)
Air (1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
2 SB Tomato Puree
2 biji Bawang Besar - saiz kecil atau sederhana (potong bulat)

Rempah A (utk dimasukkan terus dalam air rebusan ayam):-
5 biji Buah Pelaga
3 helai Bay Leaf
3 batang Kulit Kayu Manis
5 Cengkih
1 SB Serbuk Ketumbar
1 SB Lada Hitam (biji)
1 SB Serbuk Jintan Putih

Rempah B (utk ditumis kemudian):-
1/2 SB Serbuk Zaafaran/Kunyit
1 sk Serbuk Mellah Farolah @ sedikit Pewarna Merah
1/2 cawan Minyak Masak @ Minyak Jagung
5 biji Buah Pelaga
3 helai Bay Leaf
3 batang Kulit Kayu Manis
5 Cengkih
1 SB Serbuk Ketumbar
1 SB Lada Hitam (biji)
1 SB Serbuk Jintan Putih

Cara-cara:-
1) Sukat air dalam periuk dan rebus sampai mendidih. Jumlah air bergantung kepada berapa banyak beras kita yg gunakan.
2) Bila air dah mendidih, masukkan ayam + tomato puree + sebiji bawang besar + Rempah A.
3) Rebus ayam 15 hingga 30 minit menggunakan api sederhana.
4) keluarkan ayam dari periuk. Tutup api.
5) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Rempah B + sebiji bawang besar hingga bawang nampak agak kekuningan.
6) Masukkan tumisan ke dalam air rebusan tadi + garam secukupnya. Didihkan.
7) Bila dah mendidih, masukkan beras. Kacau sebati. Tunggu sehingga nasi masak. (api sederhana)
8) Bila nasi dah hampir masak, kacau2 sikit guna garpu.
9) Biarkan sekejap nasi (takyah tutup periuk).
10) Kacau lagi nasi, kemudian tutup periuk dan padamkan api. Biarkan seketika.

Utk Ayam @ Kambing:-
**Sediakan bahan perapan dulu.
3 inci Halia
1 sk Serbuk Kunyit
1 sm Jintan Manis*
1 sm Jintan Putih*
4 sm Ketumbar*
2 sm Buah Pelaga
1 SB Garam
2 SB Gula
1 biji Bawang Besar (saiz sederhana)
6 ulas Bawang Putih
Sedikit Perencah Hilal
-Yg bertanda * nak guna serbuk pun boleh.

1) Blend semua bahan bersama.
2) Lumurkan pada ayam @ kambing.
3) Perapkan selama 2-3 jam.
4) Tutup dengan aluminium foil. Bakar pada suhu 200c sehingga masak.
Ayam - 20 hingga 30 minit.
Kambing - 1 jam. (boleh tambah masa kalau daging belum masak sepenuhnya)
5) Buka aluminium foil dan bakar lagi sekejap supaya bahagian luarnya rangup. Siap.

Salatah:-
4 biji Tomato (yg agak keras sikit)
3@4 biji Cili Hijau
Secekak Daun Ketumbar
Cuka Epal secukupnya
Sedikit perahan Lemon

- Blend semua bahan bersama.

Salad Yogurt:-
Natural @ Plain Yogurt
Timun Jepun (parut kasar)
Karot (parut kasar)
Sedikit perahan Lemon
Garam secukupnya

- Campurkan kesemua bahan. Kacau sebati.
**utk rasa, boleh adjust ikut selera masing2.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 27, 2013

Check up Irdina @ KDSP

Pagi tadi bawak Irdina gi klinik desa buat check up bulanan. Selalunya Ummi pukul 7 dah kelam kabut ajak Abah gerak. Paling lewat pun pukul 7.30 la. Sebab tau dah, orang mesti ramai, mesti tak larat nak tunggu. Tapi pagi tadi entah kenapa mata ni rasa bagai di gam gam. Ngantuk beno. Pukul 8 baru gerak dari rumah.

Sampai klinik... Of course lah dah ramai amat umat manusia. Dapat nombor giliran yang ke 16. Ummi tanya nurse yang Ummi kenal tu,

U: Kak Ayu, Aisyah punya giliran nombor 16. Lambat lagi la ye?
K.A: Lambat lagi lah Aisyah. Ramai orang ni. Kenapa, nak pegi mana?
U: Ingat nak pegi makan sekejap.
K.A: ha boleh boleh. Pegi la makan dulu. Sempat ni..

Pastu kami gi makan kat Restoran Saffani. Dekat je ngan simpang masuk rumah Mak. Sejam ada kot lepak kat kedai makan. Melayan Fateh minum barli suam. Order roti canai langsung tak disentuhnya. Ummi ngan Abah pulak tak lalu nak habiskan sebab kami dah makan nasi lemak telur mata sepinggan sorang. Huhu.

Balik semula klinik orang dah bertambah ramai. Tapi Ummi duduk sekejap je dah kena panggil ngan nurse. Berat Irdina yg terkini 6.3kg. Tinggi meningkat. Ukur lilit kepala je takde peningkatan. So bulan depan kena datang sekali lagi. Setakat ni graf tumbesaran masih lagi normal alhamdulillah.

Emmm lepas tu nurse cek Irdina dah pandai buat apa. Nurse Mawar goncang-goncang mainan budak yang ada bunyi-bunyi tu kan, bukannya Irdina tengok mainan tu. Tapi dok tengok muka nurse tu sambil senyum2 malu macam nurse tu ngorat dia. Hihihi. Tapi alhamdulillah, semua perkembangan selari dengan pertambahan usia.

Last sekali tadi kena cucuk kat peha kanan. Alhamdulillah takde meragam pun Irdina setakat ni. Ummi tengah dok menaip ni, Irdina tidur kat dalam pejabat dengan Abah dan Abang Fateh. Ummi pun menaip sambil terawang-awang nih. Apekeheinya entah ngantuk bebeno mata ni...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, June 26, 2013

Irdina 6 Bulan

Gambar 1: Puri Epal. Makanan pertama Irdina.
Gambar 2: Irdina seronok Ummi main dengan dia kat kedai.
Gambar 3: Dengan Abah kat bilik Moyang.
Gambar 4: Dengan Ummi. Abang Fateh snap.
Gambar 5: Ustazah Irdina :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Irdina sekarang dah genap 6 bulan. Besar dah anak dara Ummi. Dah bulat mukanya. Badan pun boleh tahan hantap.

Hari ni buat pertama kalinya Ummi perkenalkan kepada Irdina makanan pejal. Sebelum gi halaqah pagi tadi Ummi siapkan dulu puri epal untuk Irdina. Lepas habis halaqah terus bagi makan. Kelakar je tengok berkerut-kerut muka Irdina bila Ummi suap. Sebelum ni duk minum susu Ummi je kan. Ni lain beno pulak rasanye. Hihi. Tapi takde menolak pun tiap kali Ummi suap.

Teringat masa Fateh dulu, dari pembacaan Ummi kat internet, semua kata makanan pertama budak elok bagi makan kentang lenyek atau bubur nasi yg di blend. So itu lah yg Ummi bagi Fateh makan. Ada la juga campur karot, saderi, dan lain-lain sayur. Kadang-kadang campur ikan bilis ke, ayam ke.

Tapi bila dah lama-lama, Fateh pun dah besar, dah boleh makan macam orang dewasa barulah Ummi tahu yg sebenarnya tak berapa elok makan kentang. Agenda yahudi semua tu. Cakap soya elok, kentang elok. Padahal sebenarnya kurang elok. Yg elok macam kambing tu deme cakap tak elok.

Bila dah tahu kentang tak elok Ummi tertanya-tanya jugak, habis tu nak bagi makan apa kat anak eh? Search punya search, barulah Ummi tahu.. Rupa-rupanya macam macam buah-buahan dan sayur-sayuran yg kita boleh bagi tau. Buat puri. Puri epal, pear, karot, brokoli pun boleh. Cara nak buatnya senang amat. Ummi google je, alhamdulillah jumpa.

Macam buah epal pagi tadi Ummi kukus dulu sampai betul-betul lembut. Pastu blend dengan air sikit ataupun susu. Kalau baby yg bf, guna susu badan la kan.

Fateh dulu, 2 minggu sebelum genap 6 bulan dah dibagi makan. Tapi bukan Ummi yg bagi. Orang lain. Maklumlah dulu duduk dengan Opah dan mertua. Diorang kesian tengok Fateh macam dah nak makan sangat sangat. Kalau tengok orang makan, dia macam geram semacam je. Budak memang camtu kan.. Kalau ikutkan Ummi, memang taknak bagi dia makan selagi belum genap 6 bulan. Tapi apakan daya. Sob sob..

Yang Irdina ni, dia takde la beriya sangat nak makan. Ummi tengok dia relax je. Maybe sebab Fateh dulu menyusu campur ngan susu botol. Macam Irdina ni susu badan sepenuhnya. So dia tak excited la kot nak mencuba makanan baru. Susu Ummi dah terbaikk kan.. Hihi. Alhamdulillah.. Nikmat Allah bagi. Bukan semua orang dapat merasa. Ada juga orang yg tak bf anaknya bukan sebab dia taknak, tapi Allah izin susu takde.

Kadang tu dah ikhtiar macam-macam nak bagi susu ada. Tapi Allah tak izin, tetap juga takde.. So kita yg Allah dah kurniakan nikmat susu ni, pergunakanlah dengan sebaiknya. Jangan sia-siakan peluang yg Allah bagi. Okay? Susu ibu adalah ubat dan makanan terbaik untuk anak-anak. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Motivasi daripada Boboiboy

*Entry tersimpan minggu lepas punya*

Semalam Fateh ikut Ummi ngan Abah gi kedai. Selalu tinggalkan dia kat rumah Opah je. Semalam seronok sungguh Fateh dapat ikut, pakai baju boboiboy. :)

Kisahnya, tengahari tu Fateh nak main barang-barang dalam laci kat meja kaunter. Ummi tak bagi la. Kang ada barang yg hilang susah pulak nak buat kerja. Ummi pun tahan la laci tu, tak dapat la Fateh nak buka. Marah la dia, sampai nangis-nangis. Punya la beriya menangis. Hihi.

Pastu Ummi pun cakap la kat dia..

"Boboiboy tak nangis pun tau. Dia kuat. Boleh lawan orang dengan izin Allah. Mana ada nangis nangis macam Fateh. Malu je Fateh nangis."

Cepat je Fateh respon.
F: Boboiboy kuat? Dia tak nangis pun?
U: Iye la. Dia tak penah nangis. Dia kuaaattt, boleh lawan orang dengan izin Allah. Fateh nak jadi kuat macam boboiboy tak?
F: Fateh nak kuat..macam boboiboy..
U: Haa..kalau macam tu tak boleh nangis lah. Lap air mata tu. Heee malu je..

Fateh pun lap air mata dia sambil senyum-senyum.

Bagus kan boboiboy. Boleh motivate Fateh. Hihi. Lepas lepas tu memang tak nangis dah. Kalau nak nangis mesti Fateh sendiri yg cakap, "Ummi, boboiboy tak nangis pun? Dia kuat dengan izin Allah"?

"Ha'ah la..kalau Fateh nangis, tak kuatlah macam boboiboy"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 30, 2013

Selalu kena buli

Sian Irdina. Selalu kena buli ngan abang Fateh. Abang Fateh tu nak bergurau, nak main dengan Irdina, tapi cuma macam tak kena cara je.. Kasar sangat. Ate budak lelaki kan..hehe.

Fateh suka baring atas Irdina, tepuk-tepuk perut adik kuat kuat, buat-buat jatuh melutut atas adik (sangat bahaya huiii), gigit tangan adik sampai berlekuk, tumbuk/sepak kepala adik, baling benda benda kat adik masa adik baring dalam playpen, dan macam-macam style lagilah. Kreatif abang Fateh ni.

Ummi ngan Abah nak kena sabarrr banyak banyak banyak. Kena keep explain pada dia, buat kat adik macam tu bahaya, nanti adik sakit, Allah marah. Allah sayang kalau Fateh sayang adik. Allah sayang kalau Fateh tak buat adik.

Irdina takkan dapat peluang tidur langsung kalau Fateh tengah berjaga. Bagi lah dia main camne pun, kalau Ummi dah elok tidurkan adik kang, tak dan 2 minit dah dikacaunya sampai adik terjaga. Bila adik jaga kang, adik menangis, Ummi pun tak dapat nak buat kerja...Sob sob sob...

Nak tidurkan Irdina ni takleh letak dalam playpen. Dia tak suka. So kalau nak tidurkan, Ummi akan bentang toto/lembek dan tidurkan dia kat situ. Itu yg senang Fateh nak kacau. Tapi kalau letak dalam playpen pun boleh gak dia kacau. Digoncang-goncangnya playpen tu. Dah macam gempa bumi je adik duduk kat dalam tu.

Yang terbaru ni, apa yg Fateh makan dia akan suap kat Irdina. Nak bagi adik makan katanya. Bagus tu bagus, nak berkongsi apa yg dia makan dengan adik, tapi adik belum boleh makan lagi la sayang.. Banyak kali Ummi cakap kat Fateh, adik belum ada gigi, tak boleh makan. Adik boleh minum susu Ummi je. Adik kecik lagi. Nanti adik dah besar baru boleh makan macam abang Fateh.

Tapi bebudak kan.. Bukan boleh sekali cakap terus faham macam kita. Sebagai ibu memang perlukan kesabaran yg tinggi. Kena sentiasa cakap dan ingatkan, sampailah dia faham. :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tukang Kupas Bawang Putih Kesayangan Ummi

Tengok gambar saja dah boleh nampak betapa ralitnya Fateh kupas bawang tu. Penuh keliling dia kulit bawang putih. Hihi. Inilah tugas Fateh setiap kali Ummi memasak kat dapur. Bukan Ummi suruh, dia yang nak. Dia memang suka.

Asal Ummi ke dapur je, tempat bawang putih tu lah yang dia tuju. Kadang berdiri berjam jam semata-mata nak kupas bawang putih, sampai tak sedar apa dah. Ummi gi depan menyapu mengemop lantai pun dia tak heran.

Yang paling dahsyatnya, selalunya Fateh ni sangat sangat alert dengan bunyi plastik. Automatik dia akan pandang nak tengok Ummi makan gula-gula ke, buka pembalut straw air kotak ke, atau seangkatan dengannya lah. Tapi ada sekali tu dia ralit sangat sampai Ummi buka tutup peti ais amik air kotak pun dia tak perasan. Ummi hulur suruh minum pun, sikit je dia sedut. Kalau tidak selalunya....habis sekotak kat dia sorang.

Memang minat memasaklah anak teruna Ummi nih. Ummi menumbuk bawang kang dia pun sibuk nak menumbuk jugak.. Ummi menumis, disuruhnya Ummi dukung sebab nak tengok apa yang Ummi masak kat dalam kuali. Huhu. Nasib belum pandai mintak sudip nak tolong kacau benda dalam kuali. :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 29, 2013

Irdina 5 bulan dah..

Pejam celik pejam celik, 5 bulan dah usia puteri permata hati Ummi Abah. Lama sangat Ummi tak bercerita pasal Irdina kan.

Alhamdulillah, Irdina sekarang dan pandai meniarap walaupun agak lambat sedikit. Dan dah pun boleh pusing-pusing 360 darjah sambil niarap tu. Irdina dah boring asyik baring je kan..Nak tengok dunia sekeliling pulak..hehe..

Nampak gayanya mulut Irdina lebih bising daripada abangnya. Fateh dulu senyap je tau..Mulut je senyum senyum, suara langsung tak keluar. Kalau Irdina... Tak henti-henti pot pet pot pet nya. Nak bercerita sangat dah.

Kalau hisap jari, mesti nak hisap jari telunjuk. Taknak ibu jari, tak best. Hihi. Tidur malam masih lagi nak kena ada Ummi kat sebelah. Ummi agak tak berpeluang jugalah nak berjaga baking malam-malam. Kalau terpaksa pun kena bergilir tengok kek dan Irdina. Jadinya lambat sikitlah siap.

Kalau keluar gi mana-mana..halaqah ke..ikut Abah gi kedai ke..feveret Irdina ialah menarik purdah Ummi. Huhu. Geram ngan Irdina tau. Gigit pipi tu baru tahu.

Semalam pergi check up kat klinik. Berat Irdina sekarang 6kg. Kenaikan berat badan dah kurang sebab Irdina dah mula aktif bergerak dan dah mula meninggi kata nurse. Perkembangan lain semuanya positif alhamdulillah. Dah boleh cari dari arah mana datangnya bunyi-bunyian, dah pandai capai dan genggam barang yang menarik perhatian. 

Alhamdulillah.

Lagi satu, Irdina suka menjerit dengan suara yg saaangat KUAT. Huhuhu. Kalah abang Fateh. Kalau Ummi nak masak kat dapur, Irdina takkan mahu ditinggalkan kat depan. Kalau ada pun, jarang sekali lah. Mesti Ummi kena letak dia dalam stroller, bawak gi dapur. Kadang-kadang bagi tengok pokok-pokok kat luar. Kadang-kadang biar je dia bising sorang sorang sampai tertidur. Hihihi.

Bertuah anak Ummi. Semua suka berkampung kat dapur. Kalau dapur seluas alam macam dapur rumah Opah takpe jugak. :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 20, 2013

Dule-dule

Dule-dule ialah gula-gula dalam bahasa Fateh. Hai ya Allah, sejak akhir-akhir ni suka beno dia makan gula-gula. Yang boleh start sukanya, sebab tiap kali gi kenduri je mesti dapat. Sampai Fateh ni dah takleh nampak gudibeg langsung. Asal nampak je mesti meronta-ronta nak ambik. Pasal dia tahu dah dalam tu mesti ada dule-dule.

Ummi amatlah tak suka, sebab banyak sangat dia makan. Lagi tak habis lagi tu lah dia mintak. Habis yang dalam beg Ummi ngan Abah pun dia sapu. Kalau 1 beg tu dah ada 4 biji, 3 beg dah jadi 12 biji kan? Banyak tu...

Kadang kalau dah balik rumah, kalau sempat ambik peluang, Ummi akan sorok dule-dule dia. Selit merata-rata. Tak kira lah kat mana pun. Mana sempat, Ummi selit je.

Skalii... Baru ni kan..Fateh mintak Ummi angkat dia naik atas pangkin kat tempat Ummi dok bancuh susu dia. Atas pangkin tu ada la satu tapis macam besen tu, kat dalam tu Ummi susun botol kordial. Haritu Ummi ada selit sebungkus dule-dule kat dalam tu. Pastu masa Fateh duduk kat atas pangkin tu, Ummi dok risauu je takut dia terperasan ada dule-dule dalam tapis tu. Mata dia meliarr je tengok apa yg ada kat atas tu.

Pastu...
Allah izin Fateh ternampak dule-dule dia.huhu.. Dia pun dengan pantasnya "dule-duleee..Ummi, ni Fateh punye la.." Amboih, baru nampak terus jadi dia punya. Ummi memang nekad la taknak bagi dia makan. Ummi ambik bungkus dule-dule tu dan cakap kat Fateh, "gula-gula ni kalau makan banyak-banyak...nanti habis ulat makan gigi Fateh. Nanti rosak dah tak cantik dah gigi. Jadi, Ummi nak bagi gula-gula ni kat ayam. Biar ayam je yg makan. Ok?"

Ummi pun terus campak bungkusan gula-gula tu ke luar tingkap, jatuh betul-betul kat kumpulan ayam-ayam Abah. Lepastu Fateh dok renung la dule-dule tu dari tingkap, lama sangat. Mungkin meratapi nasib dule-dule dia kot hehehe.

Lepas Ummi turunkan dari pangkin tu, Fateh masuk dapur tengok Ummi memasak. Kejap kang duduk, pastu bangun berdiri, tetiba kang meniarap pulak sambil merenung ke luar. Ummi kalau masak, Ummi akan buka pintu nak keluar kat dapur tu. So boleh nampak la ayam Abah tengah dok cari makan. Betul-betul depan pintu tu diorang duk lalu lalang.

Pastu kan..tetiba je Fateh gi mengadu kat ayam ayam tu,
"Ayammm..boleh tak tolong amik dule-dule Fateh..?"
Hahaha kesian je dengar. Lawak pun ada...

Tak lama lepas tu Abah keluar nak gi tengok ayam-ayam dia. Ummi tak perasan pulak yg Fateh ngikut sekali. Ralit sangat masak. Tau tau je Fateh dah masuk rumah semula, dan tunjuk kat Ummi dule-dule dia yg Ummi campak ke luar tadi.

"Ummiii...ni dule-dule Fatehh..."

Aduhai... Geleng kepala Ummi dibuatnya. Bertuah punya anak. Kalau dah nakkan sesuatu, apa saja sanggup dibuatnya, hendak seribu daya kata orang. Terkejut gak sebenarnya. Tak sangka dia sanggup keluar gi kutip semula gula-gula tu. Fateh...Fateh....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 14, 2013

Lama tak update

Sebab? Sibuk tu biasalah. Kerjaya suri rumahtangga memang tak pernah habis kerjanya. Dengan anak-anak yg sentiasa menagih perhatian lagi. Suami pun sama :)

InsyaAllah dalam masa terdekat akan update moment moment penting. Risau jugak nih takut lupa. Internet kat rumah ada problem tak boleh connect. So bila datang kedai barulah terkejar-kejar nak update gambar dessert, update blog bisnes dessert tu lagi, blog sendiri terpinggir sekejap. Sob sob...

Sabarlah wahai diri.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 8, 2013

Tempahan dibuka utk orang Pahang - 21/4/13

InsyaAllah pada 21/4 ini saya sekeluarga akan berada di Temerloh, Pahang, dan kami akan ke Kuantan juga. Jadi mulai hari ini, saya akan buka tempahan untuk orang-orang Pahang bagi item di bawah:-

CHOC MOIST CUPCAKE
Saiz S - RM1.50 / 2 pcs
Saiz M - RM2 / 2 pcs
Saiz M with topping (ganache+choc rice) - RM1.80 / pcs

RED VELVET
*with topping creamcheese + mascarpone.
Cupcake - RM60 / 16 pcs
In cup - RM4.50 / pcs @ RM45 / 10 pcs

DADIH
*Anggur / Mangga / Jagung / Laici / Strawberi / Vanilla
RM1.50 / pcs
-------------------------------------------------
Sebarang pertambahan item akan saya beritahu kemudian, insyaAllah.

Order boleh dibuat mulai hari ini. SMS saya di talian 012-5178544.

Saya akan menutup order kira-kira sehari atau 2 hari sebelum bertolak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 7, 2013

Abang Fateh yang manja :)

Kata orang, anak sulung ni selalunya berdikari, suka buat hal sendiri. Tapi Fateh ni setakat ni Ummi tengok memang ada certain2 part dia independent, but dia juga seorang anak yg saaangatt manja. Kuat cemburu dengan adiknya. Boleh nampak bila Ummi layan adik baik-baik, main ngan adik, sembang ngan adik, mula lah dia buat perangai. Sangat jelas cemburunya itu. Hihi.

Cara Ummi nak ambik hati supaya dia tak memberontak, kadang-kadang Ummi alihkan perhatian dia. Contohnya.. Dia duk kacau adik, buat macam-macam kat adik, Ummi larang pun dia tak peduli, of course lah taknak peduli sebab bila larang ayatnya macam ni,

"Fatehh, taknak buat adik. Kesiann adik. Adik kecik lagi.."

Nampak sangat di situ kan yg Ummi sayangg sangat kat adik. Dari situ dia rasa diri dia tak disayangi. Sikit-sikit adik. Sikit-sikit adik. So Ummi ambik pendekatan begini,

"Eh, buku Fateh mana? Cuba pergi ambik buku Fateh tu tunjuk kat Ummi. Fateh kan budak soleh.."

"Mana buku Fateh? Cuba pergi ambik. Ummi nak tengok bas. Bas tu besarr.. Haritu MakLang naik bas kan.."

Pada Ummi, cara ni tersangatlah berkesan. Sebab Fateh seorang budak yg sangat sukakan buku. Dia suka buka buku, tunjuk kat kami gambar2 kat dalam tu, bagitahu apa yg dia tahu, tanya apa yg dia tak tahu.. Dan dia seronok bila dapat pelajari sesuatu yg baru. Tambah kena puji dengan Ummi pulak kan..

"Pandainya Fatehh..."

"Good boy lahh"

Kadang-kadang pulak Ummi akan buat kat Fateh benda yg sama Ummi buat pada Irdina. Contohnya Ummi sembang2 dengan Irdina, cakap manja2, cubit2 dagu dia. Fateh perhati je dari sebelah. Lepastu Ummi cakap manja2 ngan Fateh pulak, cubit2 dagu dia seolah-olah dia tu baby lagi.

Tahu apa reaksi Fateh??
Dia senyum malu-malu je tau. Takde pun nak berontak-berontak. Terus jadi baikk je. Kadang Ummi angkat dia letak atas riba, peluk. Nampak Fateh seronok sangat-sangat. Bahagia sangat-sangat. Alahai...

Kadang sedih juga. Terasa sangat yg dia belum puas bermanja. Tiba-tiba je dah dapat adik. Kena berkongsi kasih dengan adik. Tapi nak buat macam mana kan.. Rezeki Allah nak bagi. Ummi dan Abah la yg kena pandai manage supaya Fateh dan Irdina sama-sama dapat kasih sayang secukupnya dan tak terabai. Moga-moga pengalaman dapat mengajar Ummi menjadi lebih sabar dan tabah dalam menjaga, mendidik, dan menyayangi anak-anak.

Buat anak-anak Ummi,
Ummi saaayangg kalian!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Red Velvet.

Tempahan red velvet dibuka mulai sekarang :))

Red velvet in cup (macam dalam gambar di atas)
RM45 / 10 pcs

Red velvet cupcake
RM60 / 16 pcs

Utk tempahan, seperti biasa lah ye. SMS saya di talian 012-5178544.
*Pick up point - Tol Simpang Pulai ATAU Medan Gopeng (kedai pakaian bersebelahan Avon dan Kedai Bunga.Sebaris dengan Pejabat Pos dan Tabung Haji lama)
**Saya berada di Ipoh. Sesiapa yg berada di luar kawasan Ipoh, nak order boleh juga. Tapi kena pick up sendiri lah ye. Saya tak buat sebarang penghantaran buat masa ini :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, April 6, 2013

Hari minggu

Dah 2 hari Ummi ngan anak-anak ikut Abah gi kedai. Semalam sebab gi hantar barang-barang kat rumah Mak sedara. Lepas hantar tu terus aje ke kedai sebab Abah malas nak pegi balik pegi balik. Nak masuk kampung tu tau jelah, jauh kemain. Kena tempuh 17 bijik bonggol pulak tu.

Hari ni ikut jugak sebab nak gi makan tengahari kat rumah kawan. Dia buat aqiqah untuk anak teruna keduanya. Boringg je duduk kat kedai ni. Kalau kat rumah tu kan banyak nau koje nak dibuat. Dari celik mata sampailah nak pejam pulak malam karang tak habis-habis jugak tanggungjawabnya.

Mata ngantuk nih. Irdina tido dah.. Fateh lak dok main dengan Wani, pekerja kedai ni. Abah macam biasa..berjuang demi negara.haha.

Ok nak gi dah jap lagi ni. Nak siapkan Fateh dulu. Comot dah dari atas sampai bawah. Main tak pakai kasut, duduk2 pulak atas lantai kedai.. Moh Fateh moh! Ummi mandikan kamu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 4, 2013

Pavlova first try

Sebenarnya sekian lama dah ushar pavlova dengan resepinya kat internet. Tapi nak cuba buat tu..fikir 6 7 kali pun tak terbuat-buat lagi. Sebab fikir macam renyah je semua perkakas takleh ada kesan air atau minyak langsung. Jadi takut pulak nak cuba takut tak menjadi.

Allah izin sekarang semua bahan ada. Strawberi ngan anggur masam ya rabbi pun ada. Cuba jugaklah. Mana tau menjadi kan..

Daripada mula nak memukul bahan, sampailah masa membakar, hati ni berdebar-debarrr je sampai nak buat apa pun tak boleh. Risau punya pasal. Menjadi ke tak ni? Hehehe. Dah siap bakar tu, tengok cantik je pavlovanye. Jadi lah ni insyaAllah. Sekali pegang-pegang, alahai lembik. Tak rangup pun. Warna cukup coklat dah.

Pastu beranikan diri bakar lagi sekejap. Hasilnya...pun tak rangup. Sob sob.. Masa nak putar krim pulak macam takut takut je tau. Sebab orang kata krim ni takleh terlebih putar. So masa tengah putar tu dalam hati ni dok tertanya-tanya, dah kental ke belum ni??

Jadi...hasilnya tak berapa nak menjadi lah.. Krim lembik. Bila letak buah je, habis krim ngan buah buah sekali terjatuh. Tapi rasa ok. Memang rasa pavlova. Sedapp. Tambah krim tu tak letak gula. So rasa dia tak terlampau manis lah. Sedang sedangg aje.

Nanti nak cuba buat lagi insyaAllah. Tips dah mintak dari sifu. Moga2 hasilnya nanti lebih terbaikk.hihi. Terima kasih sifu sebab berkongsi ilmu. Moga rezeki sifu sekeluarga dimurahkan lagi Allah swt. Aminnn. :))

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 3, 2013

Nasi Arab at Hadramout Paradise

**Ditulis pada malam kejadian. Sekarang baru nak post.

Akhirnya. Tercapai jugak keinginan nak makan nasi arab. Dulu dok heran la sebab apa orang suka makan nasi arab. Bila sendiri dah rasa... Asyik termengidam je. Dahla mahal. Nak buat sendiri alahai bercintanyee. Takpe. Takpe. Suatu hari nanti akan kubuat jugak sendiri.hihihi.

Sebenarnya hari ni birthday adik ipar Ummi, Wafi. Dia lah yg belanja kitorang ramai-ramai makan nasi arab. Sedapnya subhanallahhh. Fateh awal-awal lagi dah rasmi nasi. Dahtu siap makan tak pandang orang lagi tu. Fokus kat nasi je. Nampak beno sedapnye.

Lepas kenyang makan nasi barulah potong kek yg di sponsor oleh Ummi. Memandangkan birthday Munirah (isteri Wafi) selang berapa hari je dari ni, so Ummi tulis dua2 nama sekali atas kek. Senang. Kek adalah simple sebab Ummi baruuu sangat lagi. Tengah blajo-blajo lagi.

Masa Wafi nak potong kek, ada la sorang hamba Allah ni. Dia datang dekat ngan meja kami, letak topi kat atas lantai depan dia, pastu main gitar sambil menyanyi. Biras Ummi si Umar pun pergi la letak duit dalam topi orang tu. Pastu orang tu cakap,

"Terima kasihhh. Saya nyanyi lagi satu lagu ye."

Pastu org tu nyanyi lagu happy birthday to you sambil main gitar. Bukan 1 lagu je dapat tambahan, ada lagi 2 3 lagu dia nyanyi lagi lepas tu. Ummi buat mata bulat kat Abah sambil cakap, "Ah sudah. Dia bahannye nyanyi kat sini pulak." Haha. Bukan apa, kami ni dahla group pakai tudung labuh semua. Tetiba sambut birthday ada orang main gitar sambil nyanyi2 pulak. Kan ke pelik ditengok dek orang. Malu je tau..hihi.

Walau apa pun, malam tu puas sangat dapat makan nasi arab. Terima kasih pada Wafi yg belanja kami semua. Lepas ni birthday siapa pulak eh? Bolehla belanja nasik arab lagi. Kikiki.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, March 27, 2013

Irdina sayang...

Alahai kesian anak dara Ummi ni. Ummi jarang-jarang sekali cerita tentang dia kat sini. Tak leh. Tak leh. Kena cerita jugak. Nanti Ummi nak kenang semula boleh baca balik kat sini aje.

Irdina sekarang dah 3 bulan lebih. Kuat nyembang tau! Pastu asal nampak Abah je mula lah menyengih. Suka beno.hihi. Suka teran-teran suara bila Abah menyakat. Abah sondol2 perut Irdina guna kepala, menjerit-jeritlah Irdina. Kadang-kadang tergelak Ummi ngan Abah dibuatnya.

Sekarang Irdina dah mula tak berapa gemor tidur dalam playpen. Kalau nak tidur kena letak dalam stroller, pastu goyang-goyangkan dengan kaki. Tak pun letak stroller tu betul-betul kat bawah kipas. Nanti Irdina ralit tengok kipas berpusing kat siling pastu dia tidur la. Lama je tidur kalau dok dalam stroller bawah kipas. Kalau dalam playpen... Sekejap2 bangun. Sekejap2 bangun.

Tapi kalau ada abang Fateh takleh la tinggal. Nanti teruk Irdina dikojekan dek abang Fateh. Kena tumbuk la, tarik tangan la, tarik kaki la, siap nak terbalik stroller kena tolak ngan abang Fateh. Jadi tarzan lah sekejap Ummi.hihi.

Irdina Ummi dah makin boolat! Geram sangat. Muka nampak penuhh je. Bangun tidur kalau nak susu mesti pecap2 bunyi tangan dikepatnya. Keshian Ummi tengok.

Pastu, tiap kali Ummi sibuk je, time tu lah dia nak meragam. Nangis-nangis nak Ummi pegang. Susu dah bagi karang nangis lagi. Dah bagi mandi ngan tukar pampers pun still lagi menangis tak tau apa sebab.

Kuat peluh sama jugak macam abangnya. Tempat tidur tetap tiap-tiap malam sungguh padu baunya. So tiap kali mandi nak kena gosok ngan sabun lebih sikit kat belakang kepala dan leher. Kat situ paling kuat peluh. Itu pasal le Irdina taknak tidur dalam playpen kot. Tak berapa nak kena kipas.

Time memasak Ummi akan letak Irdina dalam stroller then sorong letak kat dapur. Terkebil-kebil jelah dia nengok Ummi memasak. Kena kacau ngan nyamuk kang berbunyi lah sekejap. Pastu diam semula. Very solehah anak Ummi ni :)

Published with Blogger-droid v2.0.10