Irdina bt. Abu Fida
(Kehormatan Kami)
18 Disember 2012
3.05 kg, 2.00 am,
Hospital Besar Ipoh
Friday, December 28, 2012
Adik Fateh
Thursday, December 6, 2012
Ramai yang nak deliver baby hujung tahun ni atau awal tahun depan kot?
Masa pregnantkan Fateh dulu Ummi ada tulis entri tentang persediaan utk menyambut kelahiran baby. Bukan ada input apa sangat pun. Cuma cerita tentang shopping barang2 baby and apa yg dibeli. Ada la juga tunjuk gambar sikit-sikit. Maklumlah anak pertama. Excited lebih sikit..
Akhir2 ni Ummi tengok ramai yg baca entri tu hasil daripada carian "Persediaan menyambut kelahiran". Kalau tengok kat statistik, entri tu mesti ada lah dalam top 5.. Memula dok belah bawah2 je. Sekarang dah berada di anak tangga kedua.
Means ramai yg tengah survey apa persediaan yg perlu dibuat kan..mungkin sekarang musim orang nak deliver baby kot? Hehehe...
Memang seronok nak menyambut orang baru dalam keluarga. Ummi dulu pun cari selagi ada entri berkaitan persediaan nak sambut baby ni semua. Bukan apa, takut ada yg ter'miss' terutamanya senarai kelengkapan yg nak dibawa ke hospital. Ada orang bagi list simple je. Ada pulak yg bagi betul2 detail.
Utk second baby ni Ummi ada la juga search..tapi tak ikut bulat-bulat. Sebab mengingatkan pengalaman pertama dulu macam mana, dah boleh agak dahla sikit2 apa yg perlu bawa dan apa yg tak perlu. Buat apa nak hangkut semua kalau kita tak pakai kan.. :)
Wednesday, December 5, 2012
Sanah Helwah Itqan Soleh sayang
Itqan sayang...
Tahu tak kamu betapa sayangnya kami pada kamu. Walaupun jarang berjumpa, Ummi selalu teringat-ingat gelagat dan gelak tawa kamu. Kuat gelak anak Ummi yg sorang ni kan? Pastu mesti buat Ummi pun tergelak sama hehehe..
Itqan Soleh sayang...
Ummi sentiasa mendoakan agar kamu membesar menjadi hamba Allah yg soleh lagi musleh. Jadilah anak yg sentiasa berbuat baik kepada Ummi dan Abi mu. Dan jadilah anak yg sentiasa membahagiakan mereka walau di mana pun kamu berada. Hargai pengorbanan mereka membesarkan kamu dengan segala penat lelah. Moga kamu mendapat darjat yg mulia disisi Allah swt insyaAllah.
Salam sayang dari Ummi De sekeluarga. Muahh muahh!
Tuesday, December 4, 2012
Lebih suka burger tepi jalan :)
Tadi masa Fateh baru tidur Ummi duduk la mengadap pc Abah. Abah pegi tolong angkat barang kawan dia pindah rumah, dapatla Ummi tumpang guna pc puas-puas, hehe.. Tetiba ada la sorang sis ni masuk kedai sambil senyum2. Ummi pun senyum juga. Muka kena manis kannn nak layan customer. Pekerja gi makan, Ummi pun keluar la dari pejabat nak layan sis tu.
Sis tu bagi salam. Ummi pun jawabla dengan senang hati. Baru je nak tanya "ye kak nak beli apa?" Tetiba terus je sis tu duduk kat depan meja kaunter and keluarkan something dari beg dia. Kupon Burger King.
Alamak.. Saleswoman rupanya.....
Sis tu pun mula la pot pet pot pet bla bla bla promote pasal kupon BK dia.
SW: bla..bla..bla...kak beli la kak. Murah je. Ni kalau ikutkan jumlah semua ni 200 lebih. Tapi akak beli kupon ni 25 ringgit je. Akak boleh makan burger puas2 tau.
UMMI: eh takpelah. Saya tak berminat la..
SW: ala kak..makan la burger sebelum beranak ni. Belanja family pun boleh..
UMMI: taknak..taknak.. Takpelah. (senyum dah makin mengendur)
SW: sedap ni kak. Macam2 burger ada. Akak boleh try semua. Makanlah burger..sebelum beranak ni..belanja family boleh..kawan2 pun boleh. Murah je.. Kupon ni valid sampai bulan 3 tahun depan.
UMMI: takpe takpe. Saya taknak.
SW: ok takpe. Terima kasih! (sambil tutup balik kupon tadi dengan kasarnya)
Maaflah ya sis.. Saya memang tak pernah makan BK and tak rasa nak makan pun. Kalau nak dikira murah, rasanya burger kat tepi jalan lagi murah kan? Lagipun Ummi tak suka burger yg formal2 ni.. Tak nampak menggiurkan.
Ace kalau burger kat tepi jalan nu..dengan sos and mayonis meleleh-lelehnya..memang menyelerakan betul. Tak caya tanya Abah. Harga murah. Puas pun puas kita nak memakannya. Hehe.. Ni Ummi la.. Orang lain idak le pulak Ummi tau..Lain orang lain seleranya kan. :)