CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, October 24, 2012

Ragam check up at 2nd pregnancy

Iye. Banyak sangat ragamnya check up for pregnancy kali ni. Ummi rasa kekadang tu rasa macam dah nak putus asa je. Letih sangat berulang alik. Tapi bila difikir-fikirkan balik semuanya untuk kebaikan Ummi dan memudahkan Ummi bila nak bersalin nanti, Ummi mengalah la juga..

Pregnant kali ni sama macam 1st pregnancy dulu, Ummi ada masalah anemia. Darah cair sesangat. Kat buku merah dah kena tag kuning sebab Hb bawah pada 9.5, sangatlah low. Dah tentulah kena gi klinik 2 minggu sekali. Haish.

Ummi punya check up kat Klinik Simpang Pulai. Tapi disebabkan masalah anemia ni, selalu jugalah kena berulang ke Klinik Gunung Rapat utk buat FBC. Dah tu sebab dah makan ubat berganda dari orang lain pun Hb still tak naik2 juga, diorang refer kes Ummi ke hospital. Dah kena berulang ke hospital pulak sebulan sekali.

Bayangkanlah...
Setiap minggu Ummi ada appoinment. Kalau tak kat KDSP, kena gi KKGR. Kalau tak pun, kena gi hospital. EVERY WEEK. Takde ponteng2..huuuhh...*lap dahi sat*

Berat Ummi, every week naik 2.5 kilo. Banyak kan..? Ummi macam hairan lah jugak, sebab Ummi makan macam biasa je. Takda terlebih or terkurang pun. Tapi elok je tiap2 minggu akan naik 2.5 kilo. Saiz baby takde la besar mana sangat. Kecik je pun. Tah la...

Selalu bila nurse tanya Ummi nak datang pukul berapa, Ummi akan pilih pukul 8 pagi. Paling awal. Ummi akan datang pukul 7 lebih sebab nak rebut nombor giliran terawal. Kadang kalau bernasib baik dapat la settle awal. Kalau tak.. 2 3 jam jugak lah menunggunya. Macam nak patah je pinggang ni ha..

Menunggu giliran kat dalam klinik dah 1 hal, berjam-jam. Habis karang, menunggu Abah datang ambik pulak kat luar. Paling sekejap pun setengah jam. Paling lama? Tak sanggup Ummi nak ingat.. Huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

Udang galah pembuka selera orang tengah alah



Ummi rasa dah ada cerita kot, lepas hilang mabuk2 haritu Ummi cuma boleh makan ayam je. Ikan memang takmau langsung. Kuat rasa hanyir kat mulut ni kalau makan ikan. Kerang pun sama, cuma ada jugakla Ummi makan sikit dengan char kuey teow baru2 ni..

Disebabkan hari2 dok makan ayam je, Ummi dah start rasa boring sesangat sampai tak tau nak masak and makan apa dah. Bila dah tak lalu nak makan tu mula lah otak mencari, "nak makan apa ni...nak makan apa ni.."

Satu hari, Ummi teringat yg Abah pernah memancing kat sungai Temerloh dapat udang galah besar. Ummi buat masak lemak cili api. Rasa gulai tu subhanallah..sedapnya... Isi udang tu manis sangat2 and lembut. Ummi pun cakap la kat Abah, teringin nak makan udang galah.

Tapi Ummi takde lah suruh Abah gi cari time2 tu juga. Kalau ada, kalau murah, rezeki Ummi la..Kalau tak dapat pun takpe. Ummi tak rasa terdesak pun. So Abah pun slow and steady jela cari udang tu, takde tergesa-gesa.. Agak lama juga sampai kadang2 Ummi pun dah lupa hajat yg satu ni.

Akhirnya suatu hari Abah cakap nak beli dari sepupu Abah aje, sebab dia memang menternak udang galah. Dapatla harga murah sikit. Tapi saiznya takde la super duper besar. Dapat saiz campur2, ada yg besar ada yg kecil. Itupun alhamdulillah dah syukur sangat2. Rezeki Allah bagi, dapatlah merasa..

Banyak juga la udangnya. Boleh guna utk 3 kali masak.
Yg first punya, Ummi pilih yg saiz kecik2 buat masak char kuey teow. Second pulak buat masak berempah. Last batch pagi tadi Ummi buat nasi goreng. Alhamdulillah.

Ummi guna lebih kurang 15 ekor utk 2 atau 3 orang makan. Memang meriah dengan udang galah la nasi gorengnya, hehe.. Yg kurang serinya cuma sebab takde sayur. Dalam peti ais tinggal kobis aje, itu jela yg Ummi bubuh. Tapi kemanisan udang galah tu memang jelas terasa lah.

Hmm tentang Fateh, semenjak dua menjak ni Fateh cukup gemar main buka tutup peti ais. Kalau sebelum ni dia cuma buka and tengok isi dalam, then tutup semula. Pagi tadi baru Ummi perasan, Fateh dah pandai ambil telur tau.. Risau pulak karang terlepas ke, dibalingnya ke.. Haru Ummi dibuatnya..huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 15, 2012

Katak dan penyelamat

Musim hujan datang lagi.. Dulu kat kampung asal musim hujan je mesti bermacam-macam spesies katak berkumpul kat dalam rumah. Katak pisang, katak puru, katak kecik yang tak padan ngan kecik tapi lompat punya la tinggi.. Orang yang penakut ngan katak ni mula la stress tak bertempat.

Bulan 3 haritu masa Abah pergi umrah, Ummi mintak Abah doakan depan kaabah, mintak supaya dijauhkan la binatang-binatang yg Ummi geli sesangat ni daripada Ummi. Rasa susah hati sangat sangat tambah2 kalau terkena time Abah takde. Lagi la stress bertambah-tambah.

Lama jugak la encik-encik katak tu tak memunculkan diri kat rumah Opah tak kira time hujan atau tak hujan. Ummi pun dah mula selesa dan tak rasa berat hati utk terus tinggal kat situ sepeninggalan Opah dan moyang nanti. Tiba-tiba 2 3 hari ni musim katak macam datang balik. Katak pisang pulak tu!

Ummi kalau dengan katak pisang memang Ummi kalah. Dia lompat punya la tinggi dan jauh. Cukup untuk menggelikan segenap urat saraf Ummi ni, huhu.. Tak boleh..tak boleh.. Terus terbantut niat nak stay kat rumah tu. Termenung panjang Ummi dibuatnya.

Malam kelmarin Abah, Ayah Ude ngan Pak Chor gi tidur kat Grik sebab ada qiamullail. Kena pulak malam tu 3 kali katak pisang muncul kat bilik tidur Ummi. Paksu naman la yg jadi mangsa.. 4 kali Ummi gerak Paksu mintak tolong buang katak-katak tu.

Ummi dah jadi trauma tau. Nak tidur pun susah. Badan ni dah rasa macam tak cukup rehat je.. Malam tadi rasa macam tidur-tidur ayam je. Sekejap bangun, sekejap bangun nak pastikan takde katak dalam bilik tu. Pantang ada bunyi sikit mesti Ummi terbangun. Last last pukul 4 memang betul2 ada katak pisang kat pintu bilik air. Tak bertangguh Ummi gerak Abah mintak tolong buang.. Stress betul tidur dalam ketakutan..

Kalau katak tu tak kacau kita takpe.. Ni kita tengah sedap-sedap tidur dia gi lompat lompat kat kita pulak. Mendarat kat tangan, kat muka.. Gelinya la.. *sigh*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

Perkembangan adik

Minggu ni dipenuhi dengan appoinment Ummi kat hospital dan klinik je tau.. Terpaksa tinggalkan Fateh kat rumah. Sian Fateh tiap-tiap pagi menangis nak ikut Ummi Abah, huhu..

Isnin kena buat echo kat Hospital Besar Ipoh. Selasa kena jumpa doktor, kat GH juga. Rabu gi scan baby kat klinik gunung rapat. Hari ni pagi-pagi lagi dah tercangak kat klinik simpang pulai sebab kononnya nak cepat settle semua urusan check up. Tapi lambat jugak settlenya.

Service kat klinik gunung rapat semalam sangatlah mengecewakan Ummi. Ummi datang pukul 2.25 petang (appoinment memang petang). Nurse punya la penuh sepenuh-penuhnya kat kaunter. Tapi tak sistematik langsung. Semua urusan kucar kacir.

Actually yang penuh kat kaunter tu nursing student yang buat praktikal. Nurse betulnya ada la pantau-pantau diorang. Tapi serious Ummi geram sangat sangat. Raga buku untuk orang datang check up bulanan dan yg datang dari klinik lain utk scan or jumpa doktor sahaja dah diasingkan. Tapi diorang gi campur habis semua sekali.

Maknanya...
Sepatutnya Ummi boleh dapat number giliran dan gi tunggu kat depan bilik scan terus. Tapi lain pulak jadinya. Ummi terpaksa jugak lalui prosedur utk orang yg datang check up bulanan kat situ. Kena timbang dulu, amik tekanan darah, pastu gi lab pulak bagi sampel urine dan darah.

Ummi cakap kat diorang,
"kena pergi lab utk apa ya?"
"ambik sampel urine ngan darah macam biasa la.."
"tapi saya datang sini utk scan je. Bukan nak buat check up. Saya punya check up kat klinik simpang pulai, esok"

Diorang pun kecoh-kecoh la tanya staff nurse nak buat camne. Ada yg siap buat muka pelik macam Ummi yg salah, huhu. Dahla masa timbang berat tu jauh beza sangat sangat dengan berat Ummi timbang kat hospital sehari sebelumnya. Bayangkan.. Kelmarin nurse kat hospital timbang berat Ummi 55 kg. Tetiba semalam diorang timbang, 58 kg. Bila Ummi pertikaikan, diorang cakap "memang la..penimbang hospital dengan yg kat sini tak sama.."

Pastu dok kecoh-kecoh cakap berat Ummi naik 3kg, mendadak sangat la.. Ummi tak puas hati la. Nanti tak pasal-pasal kena minum air gula. Padahal berat Ummi elok je naik sikit-sikit kan.

Tunggu punya tunggu..at last dekat nak pukul 4 baru dapat masuk pegi scan baby. Alhamdulillah doktornya baik dan lembut. Tak banyak kerenah. Terubat juga sakit hati tadi. Doktor cakap uri Ummi masih kat bawah. Semua doktor yg Ummi jumpa dah pesan, kalau ada pendarahan, cepat cepat pergi hospital. Risau takut apa-apa jadi kat baby.

Doktor ada juga bagitau kalau uri tak naik juga sampai masa nak bersalin nanti, pakar akan decide Ummi boleh bersalin normal atau tak. Ummi mohon jasa baik semua tolong doakan Ummi ya.. Kalau boleh Ummi taknak la bersalin czer. Seboleh-bolehnya nak bersalin normal la kan. Tapi kalau Allah dah tentukan itu yg terbaik utk Ummi, Ummi terima dengan lapang dada insyaAllah.

Cuma sebagai usaha, kalau boleh korang doakanlah Ummi ya. Doa biar uri tu naik semula supaya Ummi boleh bersalin normal. Moga Allah kabulkan hajat Ummi. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Memasak berperencahkan selawat



Kami balik dari kerja biasanya agak lewat juga la. Maghrib baru tiba kat rumah. So untuk makan malam biasanya saya akan masak yang simple simple sahaja. Takde beriya-iya sangat. Maklumlah badan dah letih, perut masing-masing pun dah berbunyi. Mesti nak makan cepat kan..

Selalunya pembantu rumah my MIL memang dah masak. Tapi hubby tetap nakkan hasil air tangan isterinya bila saya berkemampuan lagi nak bersilat kat dapur. Maksudnya bila badan sihat, masih larat, boleh tahan bau..saya akan masak juga walau satu jenis je pun.. Selalunya lauk la..Kalau sayur buat apa nak banyak banyak jenis sekali makan kan...

Semalam ontheway balik dari kedai kami dua dok bincang-bincang la nak makan apa.. Ikan saya memang tak boleh nak makan. Hanyir sangat. Mungkin pembawakan baby kot. Sotong pun tak berapa mau..Ayam pulak dari hilang mabuk duk balun ayam je hari-hari. Rasa macam dah naik boring pulak..

Sampai rumah terus bergegas solat maghrib dulu. Then buka peti ais tengok ada udang. Keluarkan. Tengok pulak apa bahan yang ada. Pilih pilih pastu terus decide nak masak apa dengan udang tu. Bermula dengan bismillah, bersihkan udang, sediakan awas awas, panaskan minyak dalam kuali, main campak-campak alhamdulillah siap satu hidangan untuk suami tersayang.

Memasak ni mudah sebenarnya. Kalau ada bahan..apa pun boleh jadi. Kalau takde bahan tu yang pening sikit mikiornya.. Bagi saya yang tinggal di rumah mertua, dengan opah dan adik-adik ipar yang ramainya, saya selalu risau masakan saya tak menjadi. Tambah-tambah kalau diorang ada kat rumah, lepas sorang sorang masuk dapur tanya, "akak masak apa tu..?"
Gemuruh jiwa den ni ha....

So satu amalan yang jarang-jarang sekali saya terlupa. Mulut sentiasa berselawat semasa memasak. Terutamanya bila memasak khas untuk suami tersayang. Moga-moga tertambat selera suami pada masakan saya. Setakat ni alhamdulillah, selawat membuatkan masakan saya CUKUP RASA. Tak payah pakai perencah dan ajinomoto bagai. Alhamdulillah...

Maka nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan?


Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

Selamat Ulangtahun kelahiran pertama Hamzah sayang~


Semalam genaplah setahun umur Hamzah ibnu Yunus, anak susuan Ummi tersayang.
Happy birthday my boy!
Ummi doakan Hamzah membesar menjadi anak yg soleh lagi musleh hendaknya...
Sayangi dan kasihilah kedua ibu bapamu ya..

Walaupun kita berjauhan, Ummi sentiasa ingat dan rindu pada Hamzah tak kira masa.
Telatah Hamzah, senyuman manis Hamzah, buat Ummi bertambah rindu! Rasa tak puas berjumpa sekejap sangat hari tu.. Nanti Ummi belikan Hamzah hadiah ya, insyaAllah..

-Salam sayang-

Wednesday, October 3, 2012

Bila mengidam..orang lain pun untung sama :)



Mengandung kali ni bagi Ummi agak berlainan sikit dengan kehamilan pertama dulu. Ummi rajin sikit nak masak macam-macam jenis masakan yg terlintas dalam kepala ni. Tapi masa tengah mabuk haritu jangan cakap la.. Usah kata memasak. Bau orang lain masak pun Ummi dah muntah bergelen gelen..Sampai Abah pun tension tak dapat makan masakan Ummi. Tambah bulan puasa pulak...

Sekarang alhamdulillah.. Nak makan paprik, buat sendiri. Nak makan kek batik, buat sendiri (benda simple yg tak pernah nak cuba buat sendiri). Kari ikan utara pun dah siap pergi berguru kat Kulim itu hari. Abah bawak balik ikan pari dari laut, dapat dua kali masak. Sekali bakar ngan sos merah macam kat kedai makan (walau tak sesedap yg kat kedai makan), sekali lagi buat kari..Memang sedap.. Ikan dia takde bau langsung. Manis sangat isinya..

Pencuci mulut pun sama. Sekejap sekejap karang, buat puding karemel. Teringin puding roti, beli bahan-bahan terus buat. Esok-esoknya buat bengkang roti pulak. Lusanya buat pizza..Alhamdulillah.. Bila suami suka makan, tambah bersemangat nak memasak hari-hari seterusnya :)

Satu benda yang Ummi asyik teringin nak makan, nasi ayam. Kalau teringin yg kat kedai senang cerita. Gi beli, pastu makan jela kan.. Ini tak.. Teringin yg masak sendiri. Pagi pagi buta pulak tu. Aduhai baby dalam tummy ni betul-betul buat Ummi jadi rajin. Perempuan kot? Hehehe...

Pertama kali nak buat haritu, malam sebelum tidur Ummi dah bersihkan ayam siap siap, kupas bawang.. Esoknya pukul 5 pagi Ummi dah bangun mula memasak. Pukul 6 berenti solat sekejap. Lepas solat tinggal nak siapkan sambal n goreng ayam je.. Pukul 7 dah siap terhidang semuanya. Punya la tak sabar nak makan.. Untung seisi rumah dapat sarapan nasi ayam pagi tu..hehehe...

Pagi tadi lagi sekali baby meronta-ronta minta nak makan nasi ayam. Eheh. Terlewat sikit bangun. Pukul 6.30 baru masuk dapur bersihkan ayam. Syukurlah pukul 8 semuanya dah siap. Alhamdulillah perut kenyang, hajat tercapai, hati puas tengok suami dan ipar-ipar makan dengan penuh berselera. Maka nikmat Allah yg manakah yg mahu kamu dustakan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

Akhirnya....Dadih cinta hatiku :)

Dulu Abah pernah jadi usahawan dadih berjaya. Macam-macam la yang Abah cerita kat Ummi pengalaman sepanjang dia menjual dan membekal dadih dulu. Ummi sebagai peminat tegar dadih dah tentulah teringinnnn sangat sangat nak merasa dadih air tangan Abah. hehehe...

Berapa kali dah dok sebut nak buat, nak buat. Tapi tak terbuat buat jugak..huhu.. Akhirnya semalam terlaksanalah sudah misi kami. Abah siap ambil cuti tutup kedai sebab nak laksanakan projek ni. Pengorbanan tu :)

Misi bermula! Antara bahan-bahan yg digunakan..


Agenda di dapur. Ni baru nak cuba try test buat semula. Nanti kalau agak-agak nak bisnes semula, nak kena beli barang-barang baru la semuanya. 


Salah satu proses...


Sesi menjemur dadih di atas meja makan. Abah buat 1 perisa je. Perisa jagung..Kesukaan Ummi!


Yang ni kami yg punyaaa...


Proses akhir, sejukkan dadih dalam peti ais. Pastu dah boleh makan..Yummy..Yummy...

Rasa dadih ni memang sedaaaappp sangat tau..Dibuat dengan penuh kasih sayang. Dan bersemangat, hehehe.. Siapa-siapa yg duduk area Ipoh boleh la order kalau berminat. Eceh. 

Apa-apa pun, Ummi nak ucapkan TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA kat Abah sebab sudi buatkan dadih idaman kalbu ni untuk Ummi. Lama sangat dah teringin. Alhamdulillah Allah bagi peluang nak merasa :)


Published with Blogger-droid v2.0.9