CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, August 13, 2012

"Miii...cey..cey..."

Assalamualaikum.

Anak soleh betuah Ummi sekarang dah pandai nak ngajak mandi. Tiap kali nak ajak Ummi mandikan, dia akan selak baju then tunjuk kat pampers,

"mmiii...cey..cey.."

Ha tu petanda jelas lah tu. Takde tapi-tapi lagi. Semalam kat rumah opah ada majlis berbuka puasa dengan sedara-mara, semangat la Fateh main ngan sepupu sepapat dia. Tengah dok main tu Ummi perasan macam belakang seluar dia basah. Ummi gi la cek. Tengok2 terkena air je..bukan tiris.. So nak tunggu la dia habis main baru nak mandikan, sebab badan dah berpeluh-peluh plus melekit kan..

Tapi anak soleh Ummi dah tak selesa gamaknya. Terus selak baju, "mmiii..cey..cey..."

Hari ni pulak kat kedai, baru je mandi pukul 6 lebih. Pukul 8 dah ngajak mandi semula. Huhuhu...

Notakaki: Sambil Ummi menaip ni adik dok moving2 je dalam perut ni. Main bola jaring ke bola sepak ye??

Thursday, August 9, 2012

Cerita Ummi: BENJO

Gambar hak milik MAT GEBU DTS *ihsan google

Ketika di sekolah rendah, seorang kawan bernama Zafizah jarang sekali tidak membawa bekal ke sekolah atau boleh dikatakan tidak pernah. Setiap hari ada sahaja yang dibekalkan oleh ibunya. Kadang-kadang nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, roti, dan berbagai lagi.

Suatu hari dia mempelawa saya makan bersama bekal yang dibawanya. Ada roti yang dimakan bersama telur goreng, timun, tomato, dan sedikit sos cili. Saya tertanya-tanya makanan apakah ini? Rupanya agak comot, tapi rasanya amat sedap sekali! Beberapa hari kemudian, Zafizah membawa menu yang sama. Masih mempelawa saya menikmati bersama.

Setelah beberapa kali merasainya saya semakin teruja ingin tahu, apa ini? Sedapnya.. Saya mesti cuba membuatnya! Tekad saya di dalam hati. Pulang dari sekolah, saya ke dapur membuka peti ais melihat-lihat apa yang ada. Timun ada. Tomato juga ada. Ini sudah baik! Saya menggoreng sebiji telur, lapikkan atas roti gardenia, letak hirisan timun dan tomato, akhir sekali sos cili dan sedikit sos tomato. Lalu dilapikkan dengan sekeping lagi roti. Siap.

Suapan pertama masuk ke dalam mulut...

Wah, sama! Rasanya sama dengan yang Zafizah bawa! Seronoknya saya hanya Tuhan yang tahu. Saya makan dengan penuh berselera. Habis satu, saya ke dapur dan membuatnya lagi satu! Hahaha...kerana terlalu seronok, saya makan 2 biji benjo dalam satu masa.

Petang itu setelah Abah dan Ummi pulang dari sekolah, mulut saya becok bercerita tentang kepandaian menyediakan roti telur itu  dengan penuh rasa bangganya! Ummi tersenyum sambil memberitahu,

"roti itu namanya benjo"
"Ooooo..."

Dan nama itu terus melekat di dalam kepala saya sehingga ke hari ini. Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.


Tuesday, August 7, 2012

Inisiatif untuk anak soleh Ummi yang susah sangat-sangat nak makan



Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni Ummi tak tahulah kenapa anak soleh Ummi ni makin susah nak makan. Macam-macam cara dah Ummi buat nak bagi dia makan juga, tapi nampak macam tak berkesan. Benda yang Fateh paling tak suka makan, NASI. Kalau ada Zuhri anak Ibu Long mau la juga dia makan, tapi sikit sangat. Serupa tak makan je..

Kalau Ummi hidang nasi dengan telur, Fateh makan telur aje. Kalau nasi dengan ikan, makan ikan aje.. Itu pun mujur Fateh suka makan buah-buahan. Yang ni memang dia tak tolak punya. Paling Fateh suka pisang dan durian. Tapi 3 hari lepas, Ummi sua pisang pun Fateh tolak. Itu yang Ummi start risau sesangat.

Kat kedai ada la makan biskut weetameal dan roti krim sikit. Tapi itu tak memadai, sebab Fateh kan aktif. Abah dah bising tengok anak soleh sorang ni dah makin kurus. So 2 hari lepas kami decide nak campur nestum dalam susu Fateh. Ini pun atas saranan kawan Abah.

Ummi pilih cereal beras campur sayur-sayuran sebab Fateh kurang makan nasi dan sayur. Kalau lauk tu dah memang benda wajib masuk perut sebab Fateh suka. Alhamdulillah, Ummi nampak Fateh suka sangat-sangat Ummi campur cereal tu dalam susu dia. Sehari sampai 6 7 kali mintak Ummi bancuh susu. "buat...buat...."

Friday, August 3, 2012

Cerita Ummi: BUTIR NANGKA


Dahulu, ketika arwah Umi masih ada, kami akan memasak berbagai jenis juadah di petang bulan ramadhan bagi santapan berbuka kami sekeluarga. Antara menu yang wajib dan tidak pernah tinggal setiap tahun ialah kuih Butir Nangka. Ini kerana kuih ini adalah kuih kegemaran Abah.

Umi akan menguli doh berwarna hijau dan kami beramai-ramai membantu Umi menggentel doh tersebut kecil-kecil menjadi bentuk bujur. Sementara itu Umi akan menjerang santan yang dicampur dengan gula, garam, dan halba sehingga menjadi kuah yang amat enak. Doh yang kami gentel kecil-kecil tadi akan direbus sehingga timbul, diangkat dan dicampur ke dalam kuah yang lemak-lemak manis dan ianya menghasilkan rasa yang amat enak sekali.

Setelah Umi tiada, saya berasa kekurangan sesuatu kerana tiada lagi aktiviti memasak butir nangka beramai-ramai di bulan puasa.

"Apa kata kita cuba buat sendiri, mahu? Mana tahu kot-kot menjadi" suara saya pada suatu malam.
Adik-adik terus semuanya mengangguk tanda bersetuju.

Maka keesokannya saya pun mulalah mencari resepi hidangan istimewa keluarga tersebut di internet. Pada hemat saya, jika saya dan adik-adik sudah merindui kuih air tangan Umi itu, Abah apatah lagi.

Petang itu, selepas menunaikan solat asar kami berkerjasama menyiapkan kuih butir nangka. Hidangan berbuka istimewa untuk Abah!

Thursday, August 2, 2012

Cerita Ummi: PIZZA


Salah satu makanan orang Itali yang menjadi kegemaran dan kegilaan saya sejak dulu lagi. Pernah juga saya membuat pizza sendiri. Inspirasi membuat pizza sendiri datangnya dari Abah, satu-satunya ayah terbaik yang saya ada. Suatu ketika masa arwah Ummi tidak sihat, Abah bertanya kepada kami adik-beradik,
"nak makan pizza tak? Abah mahu buat"...
"aik, pandai ke Abah buat pizza?"
"haaa..tengok dulu..." (sambil buat muka bangga)

Cara Abah membuat pizza cukup ringkas. Abah buat bancuhan tepung seperti lempeng, kemudian dibakar di dalam kuali leper. Diatas lempeng tersebut ditabur kismis hitam, kurma, karot, jagung, dan kacang hijau. Tiada sos cili mahupun mayonis. Sudah siap. Kami menikmati hidangan "chef Abah" dengan penuh keterujaan!

Ketika di sekolah menengah, Makcik Leha, ibu angkat saya yang berniaga di kantin sekolah selalu membuat pizza dan menjualnya dengan harga yang murah. Hasil air tangan Makcik Leha jarang mengecewakan saya. Selalunya apa yang dibuat olehnya pasti menjadi kesukaan saya biarpun makanan tersebut tidak saya sukai sebelumnya.

Makcik leha mengajar saya membuat doh pizza menggunakan ibu roti. Pulang ke rumah ketika cuti sekolah, saya mencari bahan-bahan untuk membuat pizza. Kali ini saya juga menggunakan keju mozarella dan membakar pizza di dalam oven. Wah, sungguh teruja!

Saya mendapat ilmu menggunakan keju itu daripada seorang kawan bernama Hafidzah. Ketika hari pendaftaran pelajar tingkatan 4, Hafidzah yang berasal dari kedah membawa beberapa keping pizza kecil-kecil. Bila dibuka bekas berisi pizza tersebut, baunya sahaja sudah cukup membuatkan saya menelan air liur. Sungguh sedap! Saya dijemput menikmati hidangan itu bersama-sama. Dalam kemalu-maluan saya bertanya kepada Hafidzah, dan dia dengan ramahnya memberitahu serba sedikit cara menyediakannya.

Moga-moga semua yang pernah memberi saya ilmu tentang hidangan istimewa ini mendapat saham setiap kali saya mengadaptasikan ilmu mereka.

Terima kasih Abah!
Terima kasih Makcik Leha!
Terima kasih Hafidzah!

Semoga kebaikan kamu semua dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda olehNya.


Wednesday, August 1, 2012

Cerita Ummi: DADIH


 

Saya mengenalinya ketika berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Dadih pada ketika itu agak berbeza dengan dadih yang ada pada masa sekarang. Ia diperbuat 100% daripada susu segar dan hanya dijual di kedai-kedai kecil berbentuk botol susu segar. Rasanya juga berbeza dengan dadih zaman sekarang, namun saya amat menyukainya.

Setiap kali melalui kedai susu segar bersama Abah, Abah pasti membelikan saya sebekas dadih dan saya akan menikmatinya dengan penuh rasa bersyukur dan gembira yang tak terhingga!

Ketika bersekolah menengah di perlis, seorang pakcik penjual dadih berkopiah sering datang berjual di luar kawasan asrama selepas waktu asar. Saya merupakan salah seorang pelanggan setianya. Dadih pakcik itu adalah antara dadih homemade tersedap yang pernah saya rasa. Susunya tidak kurang, pewarnanya tak terlalu banyak, dan rasanya amat enak sekali sehingga saya merasakan tidak cukup jika hanya makan sebekas! Saya sanggup berhabis duit membeli dadih pakcik itu yang berbagai perisa setiap minggu. Dahsyatnya penangan dadih...

Habis sekolah, saya cuba membuat dadih sendiri. Sekadar untuk makan adik-beradik, bukan untuk dijual. Hanya menggunakan agar-agar, susu cair dalam tin, gula, dan pewarna. Hasilnya alhamdulillah menjadi. Walaupun bukanlah sesedap dadih pakcik itu, namun sudah cukup membuatkan saya berpuas hati memandangkan kesukaran mendapatkan dadih di kedai-kedai berhampiran.

Kisah hidup saya memang tidak dapat dipisahkan dengan dadih. Selepas berkahwin, saya diberitahu oleh suami bahawa dia dulunya pernah menjadi seorang pembuat dan penjual dadih secara besar-besaran!

Nota: Saya dan suami tidak pernah kenal sebelum berkahwin :)