CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, February 24, 2011

Jadual tidur Fateh kat rumah Mak Long

Assalamualaikum anak Ummi Abah tersayang.

Dah 4 hari Ummi dan Fateh duduk kat rumah Mak Long. Ini disebabkan abah takde kat rumah moyang. Abah gi jadi jurulatih program rekreasi tahap 2 kat Tasik Raban, Lenggong.. Abah pegi hari ahad baru ni. Kebetulan masa tu Ummi pun dah nak habis pantang, so Ummi minta kebenaran dari Abah untuk stay kat rumah Mak Long sepanjang ketiadaan Abah.

Malam pertama kat rumah Mak Long, Fateh langsung tak tidur. Sepanjang malam nak berjaga dan menangis mintak Ummi dukung. Mungkin Fateh tak biasa lagi tidur tanpa Abah kot? hehe.. Pagi tu Ummi memang flat terus, tak mampu nak buat apa2 dah. Pukul 7 Mak Long ambik Fateh dari Ummi. Pastu Mak Long la yang jaga Fateh sementara Ummi qadha' tidur..

Hari seterusnya, Fateh akan tidur lepas Mak Long mandikan pagi2. Fateh ni kuat berpeluh orangnya. So, dia akan meragam dan takkan tidur kalau tak di mandikan sebab dia rasa tak selesa. Lepas mandi, Fateh akan tidur dengan lenanya sampai petang. Bangun hanya untuk menyusu sahaja.

Lepas maghrib time Ummi nak makan je, automatik Fateh akan bangun dan menangis2 mintak Ummi angkat or dukung dia. Hehe pandai anak Ummi ni pilih masa strategik nak bermanja ye.. Selalunya bila dah nangis2 camtu, Ummi akan makan sambil peluk Fateh. Agak susah jugak makan dalam keadaan macam tu, tapi Ummi tak kisah demi anak soleh Ummi Abah ni.. Fateh pun takde meragam bila Ummi dah peluk dia. Elok je dia tidur dalam pelukan Ummi...

Lepas makan, Ummi bagi Fateh minum susu dan tukar pampers ( if dah basah ), then Ummi akan tidurkan Fateh semula kat ruang tamu. Selalunya Fateh akan tidur lena dan bangun setiap 2 jam utk menyusu. Bila dah lewat malam dan Ummi pun dah mengantuk, Ummi pun bawak la Fateh masuk bilik. Tapi belum sempat Ummi tidur, Fateh dah bangun dan meragam-ragam. Letak je terus menangis, bila Ummi dukung baru mau diam. Tu pun mata cerah je macam tak mau tidur. Berjam-jam anak Ummi ni akan berkeadaan macam tu, sampai hari dah pagi, sampai dah masuk waktu subuh, sampai Mak Long ngan Ayah Long dah bangun, dan sampai Ayah long dah pergi kerja, barulah mujahid kecil Ummi ni akan tidur. Itu pun Mak Long yang tidurkan sebab Ummi dah tak larat nak tahan kelopak mata ni, berat bebenor.. hehe...


Tengok anak Ummi ni.. Dah tengah malam pun tanak tidur lagi. Masa Ummi ambik gambar ni, mood Fateh tengah baik. Tak nangis2 pun.. Dia dok tengok2 Ummi je. Saaayangg anak Ummi ni!


Yang ni gambar Fateh tengah tidur.. Petang, lena la dia.. Ummi dok kacau2 pun dia tak sedar.

Wednesday, February 23, 2011

Walimatul Urus

Awal bulan 2 hari tu Ummi, Abah n Fateh balik kampung Ummi kat Pahang sebab ada kenduri kahwin Mak Teh (adik Ummi yg nombor 4).. Akad nikah dah selesai pada 1 Januari 2011.. Cuma majlis kesyukurannya lambat sikit. Seronok betul Ummi, tambah2 dah lama tak jumpa sedara mara belah Ummi. Sakan jugak la bila dah jumpa ramai-ramai camtu..

Masa kenduri tu, ramai yg datang jumpa Ummi.. Diorang nak tengok Fateh sebab tu kali pertama Ummi balik Pahang lepas bersalin. Alhamdulillah, murah rezeki Fateh. Ramai yg bagi duit ngan hadiah kat anak soleh Ummi Abah ni.

Tak nak bercerita panjang. Ummi sertakan sedikit gambar kat bawah ni..


Kenduri kat Pahang ( 5 Febuari 2011 )

Pengantin bersama Aki dan Wan


Berarak tanpa paluan kompang. Yang jadi pengapit tu pun tak lama dah tu. Tunggu nak makan nasi minyak je.. hehe..


Pengantin nak makan beradab, Abah ajak Ummi gi kacau diorang pulak. Ummi ikut je.. (tak baik membantah cakap suami, hehehe...)


Bilik pengantin yang simple tapi menarik. Bunga kat dinding tu hasil idea Mak Teh sendiri. Dia memang minat sangat kat bunga2 ni.. Nama pun "Zahra"


Yang ni semua kawan-kawan Mak Teh. Junior Ummi masa sekolah kat Perlis dulu..


Pak Ngah Akif ngan Ayah Ude pun ada.. Ayah Ude gigih datang dari Perak sebab nak jumpa kawan2 dia. Kenduri belah lelaki kat Kedah Ayah Ude tak dapat datang sebab time tu dia dah balik ke Bandung, Indonesia..


Abah yang always ceria + cute + memikat hati Ummi.. hehe..
(Abah ni rajin orangnya, tak kira kat mana2 pun.. Bila Fateh besar nanti, Fateh mesti contohi sikap Abah ni tau..)


Ni orang tengah pantang yang tak boleh keluar rumah (walaupun ada jugak keluar sekejap, hehe..) Fateh pun Ummi pakaikan baju warna hijau, sedondon ngan semua orang..


Kenduri kat Kedah ( 12 Febuari 2011 )

Tema pakaian pengantin ala-ala orang arab.. Kenduri kat Kedah ni cuma Abah je yang pegi. Ummi ngan Fateh tinggal kat Ipoh sebab belum habis pantang. huhu sedihnya...


Mak Teh tersipu-sipu malu. Ramai sangat photographer, hehe...


Makan beradab.. Kat dalam rumah, best tu.. Pak Teh yg bacakan doa makan.


Tok Nyang, Aki, Mak Long n Wan...

Tuesday, February 22, 2011

Dah ada watermark sendiri


Alhamdulillah akhirnya ummi dah ada watermark sendiri.. Hehe bestnya.. Dah lama sebenarnya ummi teringin nak ada watermark sendiri ni, tapi disebabkan tak pandai nak buat, maka ummi tangguh2kan dulu la hajat tu. Semalam Allah izin tergerak hati ummi nak tanya kawan ummi, kak Shira a.k.a AshAnas.. Kak shira kata dia boleh tolong buatkan untuk ummi. Alhamdulillah.. Allah pemudahkan urusan ummi. Takde la ummi kena susah2 fikir nak design camne, hehe..

First time tengok watermark ni tadi terus ummi jatuh hati, tambah2 bila tengok gambar baby boy tu..hehe.. Pandai kak Shira pilih. Actually ummi mula berminat nak tulis blog ni pun lepas dah selalu sangat baca blog AshAnas.. Dan masa ummi mula-mula buat blog ni, blog AshAnas la yg jadi sumber rujukan utama ummi selain blog kak Mawaddah dan kak Irma. Thanks to kak Shira!

Sunday, February 6, 2011

Saat Kelahiran Fateh

Assalamualaikum anak ummi abah tersayang.

Agak lama juga ummi tak berblog sejak kelahiran anak soleh ummi abah ni. Maklumlah, ummi berpantang di kampung. Usah kata internet, line handphone ummi pun takde. Boleh dikatakan sepanjang berpantang ni, ummi terputus hubungan terus dengan dunia luar. Bila abah bawa ummi ngan Fateh gi klinik baru la ummi dapat contact keluarga n kawan2.. Dapat gi klinik pun dah cukup seronok bagi ummi sebab dapat jugak tengok dunia luar. Kalau tak, kena perintah berkurung dalam bilik jela..hehe..

Sekarang ni ummi, abah n Fateh ada kat Pahang sebab adik ummi kawin. So dapat la ummi update blog yang dah penuh dengan sawang ni.. Di kesempatan yang ada ni ummi nak ceritakan pengalaman ummi saat nak melahirkan Fateh hari tu. Rasanya dah tak boleh tangguh. Isnin ni ummi dah nak balik ke Perak semula. Bermakna ummi akan terputus hubungan dengan dunia luar semula. So ummi cerita lah sikit2 setakat yang ummi ingat sebelum cerita ni basi ye...

2 hari sebelum Fateh lahir, semua orang dah bising2 sebab diorang dah tak sabar nak tunggu ummi bersalin..(Ni kesan daripada adik ipar ummi bersalin awal la ni..hehe..) Masa ni ummi masih lagi ikut abah gi kedai. Bukan tolong buat kerja sangat pun..Tapi ummi takut boring kalau duduk kat rumah je. Petang tu balik je dari kedai, moyang Fateh terus tanya kat ummi, "kamu takde rasa sakit2 lagi ke?" Ummi geleng kepala sambil senyum. Pastu moyang bagitau dia ada buat air surah Waqi'ah untuk ummi. Bagi mudah bersalin. Moyang suruh ummi minum air tu, tapi ummi tak nak. Bukan apa, ummi risau sangat takut jadi apa2 kat anak ummi ni. Bagi ummi, biarlah Allah je yang tentukan bila2 pun anak ummi ni nak lahir. Ummi ada baca tentang air selusuh kat dalam novel "Denyut Kasih Medic". Kat dalam novel tu ada diberitahu air selusuh kebiasaannya akan membuatkan baby lemas kat dalam perut. Itu yang membuatkan ummi risau n tak nak minum air tu. Takut kesannya sama macam air selusuh.


10 Januari --> 6 pagi

Ummi bangun untuk solat subuh, tengok2 dah turun tanda (darah). Terus ummi bagitau abah. Abah suruh ummi solat subuh dulu, pastu siap2 untuk gi hospital. Lepas solat ummi pun keluar dari bilik. Masa tu semua orang kat rumah dah heboh pasal ummi. Masing2 excited betul ummi tengok. Mak long Raihanah suruh ummi sarapan dulu sebelum gi hospital..Takut tak sempat makan masa kat hospital nanti. Masa makan tu ummi belum ada rasa sakit lagi. Siap sembang2 ngan ipar duai sambil gelak-gelak. Lepas habis makan tu boleh duduk melepak kat luar rumah pulak. Moyang dah bising suruh gi hospital cepat-cepat.

9 pagi

Tengah sembang-sembang kat luar rumah tu, tiba2 je ummi rasa sakit lenguh yang teramat sangat kat belakang pinggang sampai ummi nak pitam. Abah pun kalut la dah tengok ummi sakit camtu. Terus abah siap2 nak bawak ummi gi hospital. Allah izin masa tu kereta abah takde sebab rosak..So kami ke hospital dengan Wah Umar n ayahnya. Sampai hospital terus daftar kat bahagian emergency. Masa ni ummi steady lagi sebab sakit datang 45 minit sekali.

10.30 pagi

Doktor cek bukaan dah 4cm.. So ummi kena masuk labor room terus. Sebelum masuk labor room tu doktor bagi ummi peluang untuk makan dulu, takut takde tenaga masa meneran nanti. Ummi gi jumpa abah. Abah bagi ummi makan kurma n minum air zam-zam. Punya la banyak ummi makan kurma tu, nervous punya pasal.. Selalunya ummi nak makan kurma 7 biji pun susah. Tapi masa tu maunya 20 biji kot ummi makan. Air zam-zam dekat nak sebotol air mineral ummi minum. Betul-betul nak kumpul tenaga la ni..

11.30 pagi

Ummi masuk labor room.. Sekali lagi doktor datang cek bukaan, masih 4cm. Pastu doktor pecahkan air ketuban n masuk ubat kat tangan untuk nak bagi cepat bersalin. Lepas masuk ubat tu mula la ummi rasa sakit lebih kerap n lebih lama. Tak tahan betul rasanya.. Sakitnya cukup kuat. Ummi terus sms suruh abah masuk dalam. Tak lama lepas tu ada nurse datang tanya ummi nak amik epidural tak? Ummi cakap tak nak, sebab memang dah bincang ngan abah awal-awal lagi tanak amik epidural. Tak lama lepas nurse tu pegi ummi tiba-tiba rasa nak buang air kecil. Ummi bagitau dekat nurse yang jaga ummi, tapi dia tak bagi ummi pegi toilet sebab air ketuban dah pecah. So ummi terpaksa la lepaskan hajat kat atas katil je..(nurse tu bagi bekas khas untuk pee)

2.30 petang

Abah gi solat zohor sekejap.. Masa ni ummi rasa sakit bertambah kuat n lebih kerap lagi. Bila abah datang, ummi cakap kat abah yang ummi dah tak boleh nak tahan rasa sakit. Abah tak putus-putus bagi semangat kat ummi.. Bila ummi dah semakin sakit, nurse suntik ubat penahan sakit. Tapi ubat tu tak mengurangkan rasa sakit pun.. Ummi tetap rasa sakit yang teramat sangat. Cuma bila rasa sakit tu hilang, ummi rasa mengantuk n lali sangat2.. Pastu bila sakit tu datang, ummi mengerang semula..

4.30 petang

Datang sekumpulan doktor lelaki n perempuan kat bilik ummi. Sorang doktor perempuan (senior) cek bukaan, yang lain-lain semua perhatikan je.. Doktor tu cakap bukaan dah 6cm. Agak kasar jugak la cara dia cek, sampai ummi kemut (keraskan badan utk tahan rasa sakit).. Doktor tu siap marah-marah lagi bila ummi kemut camtu..Nak buat camne..Bukan ummi saja, tapi tu tindakan refleksi..

5.30 petang

Ummi dah semakin tak bermaya..Letih sangat2 menahan sakit. Ummi asyik mengerang2 mintak tolong dari nurse. Abah tak putus-putus bagi kata2 semangat n pandu ummi baca doa nabi Yunus utk mudahkan proses bersalin. Masa tu kalau ada orang keluar masuk dari bilik tu pun ummi dah tak sedar.. Baru je abah nak pegi solat asar, tiba-tiba ummi menjerit bagitau rasa nak meneran. Masa tu sakitnya hanya Allah je yg tahu. Macam nak tercabut pinggang ngan peha ummi ni.. Belum sempat nurse ngan doktor buat apa2 ummi dah meneran. Abah terus patah balik tak jadi gi solat. Doktor cek bukaan dah full.. Nurse ajar ummi cara meneran yg betul. Setiap kali lepas meneran mesti kepala ummi terkulai. Pastu abah bagi semangat n angkat kepala ummi, baru ummi sambung meneran semula.. Jam 5.55 petang, selamat la mujahid kesayangan ummi dan abah lahir ke dunia.. Alhamdulillah...


Fateh Arraziq beberapa jam selepas dilahirkan.

Saturday, February 5, 2011

Akhirnya....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah begitu lama menanti, akhirnya saya selamat melahirkan seorang putera pada 10 Januari 2011 di Hospital Besar Ipoh. Baby lahir pada jam 5.55 petang dengan berat 3.3 kg.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Saya bersyukur sangat-sangat kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk melahirkan secara normal. Mujahid kecil saya ini telah disepakati untuk diberi nama FATEH ARRAZIQ BIN ABU FIDA.
Fateh = Pembuka, Perintis
Raziq = Yang Murah Rezeki

Fateh di hari ketiga kelahirannya.