CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, October 30, 2010

Rindunya kat mereka....

Assalamualaikum.

Ini cuma entri ringkas utk menyatakan betapa rindunya saya pada mereka. Kebanyakan daripada mereka ni dah lama saya tak jumpa. Cuma dapat berhubung melalui SMS atau internet je...


Pertama sekali, saya rinduuuuu sangat3 pada arwah umi yg melahirkan dan membesarkan saya adik-beradik. Rindu pada belaian umi, pelukan umi, suara umi, pujukan umi, masakan umi, bau umi, senyuman umi, gelak tawa umi, saya rindu semuanya yg berkaitan dengan umi. Dulu saya selalu berkongsi rasa dan meluahkan segala isi hati kpd umi, tak kira rasa sedih atau gembira. Kini tak lagi, sebab umi dah pun kembali kpdNYA. 3-8-2004, tarikh yg masih kukuh di ingatan saya hingga kini, kerana pada tarikh ini lah umi meninggalkan kami semua termasuk adik bongsu yg pada ketika tu baru berumur 2 tahun lebih. Kami semua redha. "Lemah sungguh manusia hingga tak mampu nak pertahankan apa yg mereka sayang". Namun jika diizin Allah utk berjumpa umi walau sekejap, ingin sekali saya memeluknya, dan memberitahunya, "de sayang umi dunia akhirat...."


Kedua, keluarga saya. Abah, Ibu, Along, Angah, Teh, Cik, Andak, Kak Lang & Adik Mad yg dah makin lasak dan nakal sekarang. Abah dan ibu walimah setelah pemergian arwah umi tercinta. Ramai yg berpendapat ibu tiri tu kejam, tapi tidak bagi saya. Syukur kerana Allah SWT kurniakan kami ibu tiri yg sangat baik. Dia bukan sekadar menjaga makan minum dan pakai abah, tapi dia juga lah yg mengasuh, menjaga, dan melayan kerenah kami adik-beradik. Ibu banyak berkorban masa, tenaga, dan wang utk kami. Abah selalu pesan pada ibu, "Menjaga anak-anak yatim ni besar pahalanya. Penat macam mana pun, kena juga pikul amanah ni". Dan alhamdulillah hingga ke saat ini, ibu memikul amanah ini dengan sangat baik. Thanks Allah~


Ketiga, tok (mak kepada arwah umi). Dalam adik-beradik, semua dah tahu saya manja dgn tok. Sebabnya? Tok yg jaga saya masa saya kecik2 dulu. Saya cepat dapat adik, so umi n abah terpaksa tinggalkan saya di bawah jagaan tok. Kalau tengok balik gambar-gambar lama kat rumah tok, banyak la gambar saya. Bila dah masuk sekolah, saya dah tak duduk dgn tok, tapi still selalu balik kampung sebab rindu. Even dah bekerja, saya tetap juga balik di hujung2 minggu kalau tak sibuk. Nak temankan tok, sebab tok tinggal sorang2 je kat kampung sejak arwah to'ki n ayah teh meninggal. Bermula tahun ni saya dah tak dapat nak jumpa tok selalu, sebab saya dah berkahwin dan ikut hubby stay kat perak. Tapi sekali sekala saya akan telefon utk bertanya khabar tok. Sekarang tok sangat happy sebab dia akan dapat cicit yg pertama awal tahun depan, insyaAllah... Pohon doa dari semua ya... (",)


Keempat, ummi Shahbatun. Saya dan adik-beradik panggil dia "ummi" sebab dia juga berperanan sebagai ibu kepada kami semua selepas pemergian umi. Ummi Shahbatun ni adalah kawan baik umi semasa hayatnya. Lepas umi meninggal, ummi Shahbatun sangat mengambil berat perihal kami adik-beradik. Pada dia lah kami menumpang kasih sayang (walaupun ummi sendiri ada ramai anak-anak). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ummi dan abah Nordin kerana sudi mencurahkan kasih sayang yg tak berbelah bahagi kepada kami. Terima kasih juga kepada anak-anak ummi iaitu Kak Mashittah, Asiyah, Rumaisa', Nabihah, Salman, dan Amin kerana kalian sudi "meminjam"kan ummi abah kalian buat kami. Semoga Allah berkati~


Kelima, Nadia dan umi nya. Mereka ni sangat baik dgn saya. Dari sekolah rendah lagi saya berkawan rapat dengan nadia. Masa tu nadia anak tunggal, takde abang, takde kakak, dan takde adik. So dia selalu la bawak saya balik rumah dia waktu hujung2 minggu. Maklumlah budak-budak, nak berkawan. Umi dan ayah nadia selalu bawa saya pegi jalan-jalan. Gi Cameron Highland, sempadan Thailand, beraya kat kuantan n bentong. Umi nadia ni langsung tak berkira dgn saya. Ada-ada je benda yg dihulurnya. Duit belanja, makanan, barang-barang. Sekarang nadia dah ada 3 orang adik yg comel-comel macam anak cina semuanya. Tapi umi dia still lagi layan saya macam dulu. Moga Allah beri ganjaran yg setimpal buat mereka~


Saya juga rindu pada kawan-kawan seperjuangan yg banyak memberi dorongan dan sokongan kpd saya. Yang sentiasa berada di sisi saya, sama-sama merasai kesedihan saya, berkongsi suka dan duka dgn saya, memberi kata-kata semangat tika saya lemah, mentarbiyah dan mengingatkan tika saya lupa. Jazakillah khairan kathira ukhti-ukhtiku sayang....


~Ummu Ilyani a.k.a Wardah Syuhada~


~Farahiyah a.k.a Shauqatul Asrar~


~Khadijah a.k.a Ijah~


~Husna a.k.a Una~


~Kak Ju, Asma', Aqeh, n Oya~


~Syifa' & Odah~

P/S: Saya sayang kamu semua kerana Allah.
Moga Allah redha.....


Thursday, October 28, 2010

Persediaan Menyambut Kelahiran Baby F

Assalamualaikum.

Banyak benda pulak rasa nak post hari ni. Tapi takpe lah, lepas jalan-jalan kat blog kawan-kawan tadi tetiba je rasa nak post pasal tajuk ni. Lagipun gambar pun dah ada. Actually masih awal sebenarnya utk saya n hubby bershopping utk menyambut kelahiran permata hati kami. Tapi memandangkan kewangan kami agak tak menentu sejak akhir-akhir ni, ditambah pulak dengan masalah anemia yg saya hadapi, atas nasihat beberapa rakan dan saudara mara maka kami pun buatlah keputusan utk bersedia lebih awal. Takut terbersalin awal. Lagipun usia kandungan saya dah menjangkau 7 bulan lebih. Selalu rasa tak selesa sekarang. Bila duduk lama-lama mula la sakit pinggang. Kalau berjalan pulak lenguh habis kaki ni. Baring pun tak berapa selesa, tidur malam asyik terjaga je. Mungkin Allah nak bagi latihan sebab nanti kena berjaga malam kalau baby meragam atau nak bagi baby minum susu kan? hehe...

Hari tu saya dah minta pendapat kawan-kawan dan search di internet tentang barang-barang keperluan utk menyambut kelahiran ni. Tapi list barang-barang saya tertinggal di kedai pulak. Allah izin hari sabtu baru ni mak dan opah buat majlis doa selamat utk saya dan Iman, adik ipar saya yg due datenya sama dengan saya, maka ramailah sedara-mara yg datang termasuk biras yg saya panggil kak long. Kak long dah ada sorang anak, namanya Azzuhri. So kak long lah yg tolong saya senaraikan semula apa barang-barang yg patut dibeli. Lepas tu kak long juga lah yg temankan saya n hubby gi shopping kat Tesco malam esoknya. Alhamdulillah, mudah kerja kami. Takdelah kami terpinga-pinga tak tau nak pilih barang-barang tu semua.

Sebenarnya kak long teringin nak makan nasi arab kat kedai depan Tesco tu. Tapi bila sampai tengok kedai tu macam tak penah bukak lagi je. So kami pun makan kat tesco jela, lepas tu terus gi membeli belah. Mulanya saya cadang nak beli sikit-sikit je dulu. Tapi hubby cakap dia malas nak shopping banyak-banyak kali. So beli je terus semua barang. Barang saya, barang baby, n barang rumah sikit. RM400 lebih jugak lah duit kami terbang malam tu. Barang saya saja dah seratus lebih, beli nursing bra, panties utk ibu mengandung (tambahan je sebab awal2 pregnant tu beli sikit sangat), stokin tebal, n maternity pad. Barang rumah pulak rm50 lebih je. Barang baby la yg paling banyak habis, RM200 lebih~... Kat bawah ni gambar antara barang-barang baby yg kami beli...



Sarung tangan & sarung kaki. Cute~..Tapi tak banyak pilihan warna.
Banyak warna kuning, biru n pink. Putih pun sikit je.


Pampers newborn. Kak long yang tolong pilih jenama ni.


Belek sekejap je baju ni, pastu terus decide nak ambik. Saya pilih baju murah, so tak banyak pilihan warna & design la. Ambik je mana yg ada. Yg penting boleh dipakai. Betul tak?


Baju ni takde butang kat depan. Tapi sebab dah suka, saya beli jugak.


Yg ni pulak kak long yg tolong pilih. Saya tengok je terus jatuh hati.
Cute sangat~


Kelambu. Saya pilih warna hijau. Sebab saya suka hijau.. hehe...


Alas getah. Takut baby berak atau kencing. Nanti takde la terkena kat tilam. Lagipun senang nak bawak kemana-mana. Kalau gi halakat pun ok jugak bawak alas ni kan? Senang nak letak baby, alas ni lembut.


Beg ni hubby yg berkenan sangat2. Dia kata senang nak bawak.
Beg galas kat belakang, baby galas kat depan. Saya pun suka. Sebab beg ni warna hijau..hehehe~.. Lagi satu, semua barang2 baby saya dah packing siap2 dalam beg ni. Senang kalau emergency kes, hubby just capai beg ni n bawak pegi hospital. Takyah kalut2 nak kena pilih barang lagi. Barang2 saya pun akan dimuatkan dalam beg ni juga (kalau muat la..)


Barang-barang yg dah dimuatkan dalam beg~ Napkin, tuala, pampers,
set mandian & minyak telon, wipe tissue, selimut, baju baby, sarung tangan & kaki.


Ni la kak long Raihanah dengan baby boy Azzuhri yg comey~
Kak long tak pandang kamera sebab dia ingatkan saya ambik gambar Zuhri je.. hehe~

Wednesday, October 27, 2010

Ambil Darah (FBC)

Assalamualaikum.

Hari ni saya ke klinik lagi utk ambil darah. Minggu lepas dah kena, minggu ni kena lagi. Sebabnya? Doktor risau darah saya low, dah berapa bulan masih tak naik2 lagi. Dari awal mengandung lagi saya dah disahkan mengalami anemia semasa mengandung. HB darah sangat rendah. Daripada 10.4 turun ke 10.3, pastu turun lagi 9.6...

Dari semasa ke semasa HB darah saya hanya turun @ maintain je. Tak naik2 pun. Macam2 ubat yg saya makan, tapi still macam tu jugak. Takde perubahan. Rabu minggu lepas doktor cadangkan saya makan ubat dengan air jus oren supaya badan dapat menyerap khasiat ubat dengan cepat. Selepas 2 minggu doktor kata nak tengok hasilnya. Kalau tak naik juga, saya akan dirujuk kepada doktor pakar.

Maka dalam seminggu ni macam2 lah ikhtiar saya buat utk nak bagi HB darah cepat naik. Minum air ribena, susu segar, makan ubat dengan jus oren @ ribena, makan buah delima, ratah sayur bayam. Dan alhamdulillah result lepas ambil darah tadi buat saya tersenyum. Minggu lepas darah saya 8.8, tadi tengok dah naik 9.9.. Alhamdulillah... Terima kasih kepada kawan-kawan yg bagi bermacam-macam cadangan kepada saya. Moga Allah berkati kalian. Actually HB tu masih rendah. Tapi saya akan berusaha supaya darah tu naik lagi sampai 11 ke atas. Moga Allah permudahkan segala urusan saya. Doakan saya ye!

Tuesday, October 26, 2010

Alhamdulillah......




Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya berhajat nak buat blog sendiri ni. Tapi asyik tertangguh je. Mood nak menulis kadang2 menggunung, kadang2 x de langsung. Alhamdulillah hari ni berjaya jugak. Tapi sekadar blog yg sangat simple la. "Saya budak baru belajar". Moga Allah redha. (",)